- Details
- Hits: 512
TATACARA PERMOHONAN PENGECUALIAN BAYARAN BAGI SALINAN SIJIL/TRANSKRIP AKADEMIK BAGI LULUSAN TERKESAN BENCANA ALAM
- Permohonan berdasarkan kepada ARAHAN-ARAHAN PEPERIKSAAN DAN KAEDAH PENILAIAN yang ditetapkan dalam Perkara 27.2
- Hanya lulusan Politeknik Sultan Idris Shah sendiri yang boleh memohon pengecualian bayaran salinan sijil dan transkrip akademik sekiranya terkesan akibat bencana alam seperti banjir dan kebakaran di tempat kediaman lulusan.
- Permohonan perlu dikemukakan oleh lulusan sendiri dalam tempoh ENAM (6) bulan daripada tairkh ditimpa bencana.
- Pengecualian bayaran ini perlu mendapatkan kelulusan Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah beserta dokumen sokongan yang disahkan oleh pihak yang berkepentingan seperti pengesahan daripada Ketua Kampung atau laporan atau aduan kehilangan.
- Kelulusan pengecualian akan dimaklumkan kepada pemohon dalam tempoh LIMA (5) hari bekerja dari tarikh pemohon mengemukakan permohonan.
| Muat turun Borang Permohonan Pengecualian Bayaran Bagi Salinan Sijil/Transkrip Akademik |
- Details
- Hits: 2204
Lulusan yang telah menamatkan pengajian boleh membuat tuntutan Transkrip Akademik Rasmi seperti berikut:
1. Setelah hebahan pengambilan transkrip akademik dikeluarkan oleh Unit Peperiksaan PSIS melalui Lawan Sesawang Rasmi Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) https://psis.mypolycc.edu.my/ di bahagian Hebahan/ Pengumuman.
- Sila muat turun Borang Permohonan Transkrip Akademik.
- Borang permohonan ini perlu diisi oleh Lulusan PSIS.
- Lulusan perlu hadir ke Unit Peperiksaan PSIS bersama Borang Permohonan Transkrip Akademik yang lengkap berserta sesalinan Kad Pengenalan lulusan.
- Wakil lulusan dibenarkan mengambil transkrip sekiranya lulusan tidak dapat hadir dengan mengemukakan Borang Permohonan Transkrip Akademik yang lengkap berserta sesalinan Kad Pengenalan lulusan dan juga sesalinan Kad Pengenalan wakil lulusan semasa tuntutan dibuat.
2. Semasa Majlis Konvokesyen PSIS berlangsung mengikut tempoh yang ditetapkan.
| Muat Turun Borang Permohonan Transkrip Akademik di sini |
- Details
- Hits: 12043
Semua pelajar yang telah menamatkan pengajian mulai Sesi Disember 2018, cetakan sendiri Surat Perakuan/Pengesahan Tamat Pengajian dan Transkrip Provisional (transkrip sementara) boleh dilakukan melalui SPMP i-Exam.
Pelajar boleh mencetak :
- Surat Perakuan Tamat Pengajian
Tempoh masa cetakan – Selepas keputusan rasmi peperiksaan akhir hingga Mesyuarat Lembaga Peperiksaan dan Penganugerahan Sijil/Diploma Politeknik bersidang.
- Transkrip Provisional
Tempoh masa cetakan – Selepas keputusan rasmi peperiksaan akhir hingga Istiadat Majlis Konvokesyen graduan berlangsung.
- Surat Pengesahan Tamat Pengajian
Tempoh masa cetakan – Selepas Mesyuarat Lembaga Peperiksaan dan Penganugerahan Sijil/Diploma Politeknik bersidang hingga Istiadat Majlis Konvokesyen graduan berlangsung.
Untuk makluman, Transkrip Akademik Rasmi akan dicetak oleh Unit Peperiksaan selepas Mesyuarat Lembaga Peperiksaan dan Penganugerahan Sijil/Diploma Politeknik bersidang. Mohon rujuk makluman di laman web Politeknik Sultan Idris Shah tarikh dan prosedur menuntut transkrip akademik.
Sebarang pertanyaan atau kemusykilan, anda boleh berhubung terus dengan UNIT PEPERIKSAAN di talian 03-3280 6200.
| Muat Turun Tatacara Cetakan Perakuan/ Pengesahan Tamat Pengajian dan Transkrip Provisional melalui sistem SPMP sebagai rujukan di sini |
- Details
- Hits: 4754
Tatacara Permohonan Salinan Sijil Diploma dan Transkrip Akademik (Gantian)
1. Graduan yang kehilangan Sijil Diploma/Transkrip Akademik boleh memohon untuk mendapatkan salinan sijil diploma/transkrip akademik. Graduan perlu mengemukakan dokumen berikut :
a. Salinan Laporan Polis berkenaan kehilangan/kerosakan Sijil Diploma/Transkrip Akademik. Laporan Polis boleh dimohon secara maya di e-Reporting PDRM
b. Borang Permohonan Salinan Sijil Diploma/Transkrip Akademik.
c. Salinan Kad Pengenalan.
d. Dokumen sokongan (jika ada)
i. Salinan Sijil Diploma asal
ii. Salinan Transkrip Akademik asal
iii. Salinan Slip Keputusan Peperiksaan setiap semester
e. Resit bayaran melalui sistem iPayment di laman web https://ipayment.anm.gov.my/
i. Sijil Diploma Gantian Versi BM = RM50
ii. Sijil Diploma Gantian Versi BI = RM50
iii. Transkrip Akademik Gantian = RM10
2. Semua dokumen yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar ke Unit Peperiksaan Politeknik Sultan Idris Shah. Permohonan graduan akan diproses dalam tempoh masa EMPAT BELAS (14) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
3. Salinan Sijil Diploma/Transkrip boleh dituntut di Unit Peperiksaan Politeknik Sultan Idris Shah melalui kaedah seperti berikut :
a. Ambil sendiri di Unit Peperiksaan Politeknik Sultan Idris Shah.
b. Wakil (hadir bersama Surat Rasmi Kebenaran untuk mewakili graduan)
c. Pos (Graduan menghantar sampul POSLAJU prabayar saiz A4 beralamat sendiri ke Unit Peperiksaan)
| Muat Turun Borang Permohonan Salinan Sijil/Transkrip Akademik di sini |
| Muat Turun Tatacara Pembayaran Sijil Diploma Dan Transkrip Akademik Gantian Di iPayment di sini |

