Jabatan Sukan, Kebudayaan & Kokurikulum
- Details
- Hits: 6988
INFO JABATAN
Pengenalan
Jabatan Sukan, Kebudayaan & Ko-Kurikulum (JSKK) ditubuhkan bertujuan menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pembangunan dan kecemerlangan atlit PSIS, aktiviti kebudayaan dan ko-kurikulum serta menyelaras, mengurus, memantau dan melaksana kursus-kursus kokurikulum bagi pelajar-pelajar melengkapkan program Diploma di Politeknik Sultan Idris Shah. JSKK terbahagi kepada empat bahagian iaitu sukan, kebudayaan, ko-kurikulum tak berkredit dan ko-kurikulum berkredit.
Bagi Kokurikulum Berkredit setiap pelajar politeknik perlu mengikuti dan lulus kursus kokurikulum bagi mencukupkan jam kredit bagi program yang diikuti. Terdapat tiga (3) laluan kursus kokurikulum berkredit yang ditawarkan kepada para pelajar. Para pelajar hanya perlu membuat satu (1) laluan sahaja bagi mengikut kursus kokurikulum berkredit. Laluan-laluan tersebut adalah seperti berikut:
- Laluan 1
- Sukan 1 (Semester 1) (Wajib)
- Sukan 2 (Semester 2) (Wajib)
- Laluan 2
- Kelab / Persatuan 1 (Semester 2) (Wajib)
- Kelab / Persatuan 2 (Semester 2) (Wajib)
- Laluan 3
- Badan Beruniform 1 (Semester 1) (Wajib)
- Badan Beruniform 2 (Semester 2) (Wajib)
Visi
Menjadikan JSKK sebagai pusat pembudayaan sukan, kebudayaan dan kokurikulum bagi melahirkan masyarakat yang holistik, sihat dan produktif.
Misi
Menyediakan perkhidmatan yang cemerlang dalam mengurus latihan dan prasarana berkaitan sukan dan kebudayaan bagi tujuan pembangunan sukan di PSIS.
Piagam Pelanggan Jabatan Sukan, Kebudayaan & Ko-Kurikulum (JSKK)
Kepada semua pelanggan:-
- Kami warga JSKK komited secara berterusan untuk memberikan layanan yang baik, berintegriti dan berkualiti.
- Memastikan setiap pelajar terlibat dalam sekurang-kurangnya 1 aktiviti sukan / kebudayaan / kokurikulum berkredit sepanjang tempoh pengajian.
- Aktiviti melibatkan pelajar dimaklumkan / dihebahkan kepada pelajar.
- Permohonan penggunaan fasiliti sukan / alatan kebudayaan / kokurikulum berkredit disediakan mengikut keperluan / kekosongan semasa selepas permohonan diterima dan diluluskan.
- Memastikan latihan berkala dijalankan kepada atlit sebagai persediaan untuk pertandingan sukan.
- Membantu di dalam meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan sahsiah pelajar melalui kursus kokurikulum berkredit.
- Membantu politeknik di dalam melahirkan graduan cemerlang yang holistik dan seimbang dalam semua aspek.
Fungsi
- Menyediakan kemudahan fasiliti dan peralatan sukan serta memastikan keadaan baik dan selamat untuk digunakan.
- Membuat saringan pemilihan atlet baru dari kalangan warga PSIS serta melantik jurulatih yang berpengalaman dalam menggilap bakat dan latihan.
- Menguruskan aktiviti dalaman berbentuk sukan dan kebudayaan untuk semua warga PSIS.
- Menyelaraskan kursus kokurikulum berkredit iaitu sukan, kelab / persatuan dan unit beruniform yang akan diikuti oleh para pelajar bagi setiap sesi pengajian.
- Menyelaraskan para pensyarah bagi kursus kokurikulum berkredit yang akan ditawarkan bagi setiap sesi pengajian.
- Memantau pelaksanaan kursus kokurikulum berkredit bagi setiap sesi pengajian.
- Menyemak dan menyokong kertas kerja yang berkaitan dengan kursus kokurikulum berkredit.