Tatacara Permohonan Pengecualian Bayaran Bagi Salinan Sijil/Transkrip Akademik Bagi Lulusan Terkesan Bencana Alam
- Details
- Hits: 261
TATACARA PERMOHONAN PENGECUALIAN BAYARAN BAGI SALINAN SIJIL/TRANSKRIP AKADEMIK BAGI LULUSAN TERKESAN BENCANA ALAM
- Permohonan berdasarkan kepada ARAHAN-ARAHAN PEPERIKSAAN DAN KAEDAH PENILAIAN yang ditetapkan dalam Perkara 27.2
- Hanya lulusan Politeknik Sultan Idris Shah sendiri yang boleh memohon pengecualian bayaran salinan sijil dan transkrip akademik sekiranya terkesan akibat bencana alam seperti banjir dan kebakaran di tempat kediaman lulusan.
- Permohonan perlu dikemukakan oleh lulusan sendiri dalam tempoh ENAM (6) bulan daripada tairkh ditimpa bencana.
- Pengecualian bayaran ini perlu mendapatkan kelulusan Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah beserta dokumen sokongan yang disahkan oleh pihak yang berkepentingan seperti pengesahan daripada Ketua Kampung atau laporan atau aduan kehilangan.
- Kelulusan pengecualian akan dimaklumkan kepada pemohon dalam tempoh LIMA (5) hari bekerja dari tarikh pemohon mengemukakan permohonan.
Muat turun Borang Permohonan Pengecualian Bayaran Bagi Salinan Sijil/Transkrip Akademik |