Jabatan Pengajian Am
- Details
- Hits: 5536
INFO JABATAN
Pengenalan
Jabatan Pengajian Am (JPA) merupakan salah satu jabatan sokongan akademik yang berperanan membantu jabatan-jabatan induk dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS). Jabatan ini dianggotai oleh seramai 23 orang kakitangan tetap yang terdiri daripada 11 orang pensyarah Pendidikan Islam dan 12 orang pensyarah Bahasa Inggeris.
Unit Pendidikan Islam & Moral
Unit Pendidikan Islam & Moral diketuai oleh Encik Mohammad Izzuddin Hilmi bin Mohamad Zaini bertanggungjawab mengendalikan kursus-kursus berkaitan keagamaan seperti Bahasa Arab, Pengajian Islam dan Pengurusan dalam Islam.
Semua pelajar semester satu diwajibkan mengikuti kursus Penghayatan Etika dan Peradaban. Bagi pelajar semester dua, pelajar beragama Islam diwajibkan mengikuti kursus-kursus berkaitan pengajian Islam seperti Pelancongan dan Hospitaliti dalam Islam serta Sains, Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam. Manakala pelajar bukan Islam diwajibkan mengikuti kursus Nilai Masyarakat Malaysia dan Pendidikan Moral.
Selain melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, unit ini turut aktif menganjurkan pelbagai program kerohanian, akademik dan kemasyarakatan seperti lawatan akademik, Program Pengurusan Jenazah, seminar kesedaran sosial serta Minggu Kesenian Islam yang melibatkan pelajar dan warga PSIS. Di samping itu, unit ini juga sentiasa menyokong dan melaksanakan pelbagai program kebajikan yang memberi manfaat kepada masyarakat setempat.
Unit Bahasa Inggeris
Unit Bahasa Inggeris bertanggungjawab mengendalikan semua kursus Bahasa Inggeris yang ditawarkan di Politeknik Sultan Idris Shah. Unit ini diketuai oleh Encik Zuraimi bin Mohd Zuber selaku Ketua Kursus Bahasa Inggeris.
Unit ini komited dalam memperkukuh penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar melalui pelbagai aktiviti akademik dan kokurikulum. Dari semasa ke semasa, unit ini menganjurkan kursus, bengkel, pertandingan seperti Choral Speaking serta program Carnival English Week bagi meningkatkan kemahiran komunikasi dan memupuk keyakinan pelajar menggunakan bahasa Inggeris dalam konteks akademik dan profesional.
Selain itu, Unit Bahasa Inggeris turut membuat Seminar Malaysian University English Test (MUET) bagi para pelajar yang akan menduduki peperiksaan tersebut mengikut garis panduan yang ditetapkan.
Jabatan Pengajian Am boleh dihubungi melalui:
JPA1
Ext: 3011
Ext: 3043
JPA2
Ext: 3012
Ext: 3042
Ext: 3008
Ketua Jabatan, Encik Mohd Fauzi bin Ali
Ext: 3041
Ketua Unit Bahasa Inggeris, Encik Zuraimi bin Mohd Zuber
Ext: 3010
Ketua Unit Pendidikan Islam & Moral, Encik Mohammad Izzuddin Hilmi bin Mohamad Zaini
Ext: 3009


