Unit Pengurusan Kediaman Pelajar
- Details
- Hits: 4938
INFO UNIT
Objektif
- Menyediakan kemudahan dan kelengkapan penginapan di Kolej Kediaman,PSIS.
- Mengurus dan menyediakan suasana yang kondusif kepada penghuni Kolej Kediaman.
- Memastikan kebajikan pelajar dalam dan luar kampus sentiasa terjaga.
Latarbelakang
Unit Pengurusan Kediaman Pelajar (UPKPel) terdiri daripada 2 bahagian iaitu :
- Pengurusan Kolej Kediaman Pelajar
- Pengurusan Felo
Fungsi dan peranan setiap bahagian adalah seperti berikut :
Pengurusan Kolej Kediaman Pelajar:
- Menguruskan kelengkapan & menyediakan kemudahan penginapan Kolej Kediaman
- Menguruskan & menyelia aduan-aduan kerosakan Kolej Kediaman
- Menguruskan pendaftaran masuk dan keluar penghuni Kolej Kediaman
- Menguruskan stok dan inventori di Kolej Kediaman
Pengurusan Felo Kolej kediaman:
- Menguruskan kebajikan dan disiplin pelajar di Kolej Kediaman
- Memantau aktiviti – aktiviti pelajar di Kolej Kediaman
- Menguruskan jawatankuasa pemilihan menduduki Kolej Kediaman
- Menguatkuasa undang – undang serta peraturan di Kolej Kediaman
MAKLUMAT KOLEJ KEDIAMAN PSIS
Kolej Kediaman PSIS terdiri daripada 8 buah blok Kolej Kediaman
- Blok Siswa - 3 blok
- Blok Siswi - 5 blok
Kolej Kediaman PSIS boleh menempatkan seramai 2,528 pelajar (penghuni) di mana 984 pelajar siswa dan 1,580 pelajar siswi.
Kolej Kediaman PSIS adalah tempat penginapan dalam kampus sepanjang tempoh pengajian pelajar di PSIS dengan kelengkapan dan kemudahan yang disediakan seperti cafeteria, gelanggang sukan, Pusat Islam dan sebagainya yang disediakan bagi memastikan pelajar mendiaminya dengan selesa dan konduksif.