INFO UNIT
Pengenalan
Unit Teknologi Maklumat (ICT) merupakan salah satu unit di bawah Timbalan Pengarah Sokongan Akademik. ICT berperanan dalam memberikan perkhidmatan perpustakaan dan literasi maklumat, pengurusan teknologi maklumat dan teknikal ICT serta audio visual dan multimedia bagi menyokong proses pengajaran dan pembelajaran atau sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh PSIS
Seksyen ini terdiri daripada tiga (3) unit iaitu:
Sub Unit Teknologi Maklumat yang berperanan dalam menyediakan perkhidmatan pengurusan teknologi dan sistem maklumat termasuk infrastruktur ICT, rangkaian kampus serta perkakasan dan perisian komputer.
Sub Unit Pembangunan Instruksional dan Multimedia yang berperanan dalam menyediakan perkhidmatan teknologi multimedia seperti fotografi, audio visual dan video serta rekabentu grafik.
Sub Unit Perpustakaan dan Sumber yang berperanan dalam menyediakan perkhidmatan perputakaan dan literasi maklumat bagi menyokong proses pengajaran dan pembelajaran
PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
Sub Unit Teknologi Maklumat
- Merancang dan menyelaras perolehan/pembangunan sistem aplikasi, perkakasan dan peralatan ICT mengikut perkembangan teknologi semasa dan keperluan pengguna.
- Membantu/memberi sokongan teknikal/khidmat nasihat kepada Politeknik untuk mencapai tahap kepenggunaan/kesedaran ICT di kalangan Pegawai dan Kakitangan.
- Mengemaskini Portal Rasmi PSIS dan memastikan kandungan portal adalah yang terkini dan sentiasa boleh diaksess.
- Menyelenggara dan menguruskan sistem dan aplikasi yang digunakan di PSIS
- Menjadi perantara kepada keperluan teknikal Politeknik di dalam Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT), Jabatan Pengurusan Politeknik dan Kementerian.
- Bertanggungjawab di dalam penerimaan perolehan yang dilakukan oleh pihak Jabatan Pengurusan Politeknik atau Kementerian Pengajian Tinggi samada melalui perolehan central contract dan sebagainya.
- Merancang, membangun, menguji , dan menyelenggara aktiviti-aktiviti berkaitan sistem aplikasi di PSIS
Sub Unit Pembangunan Instruksional dan Multimedia
- Perkhidmatan fotografi
- Perkhidmatan Audio Video
- Perkhidmatan Rekabentuk Grafik
Sub Unit Perpustakaan dan Sumber
- Menyediakan sumber maklumat yang terkini dan relevan bagi menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran
- Menyediakan perkhidmatan literasi maklumat dengan pantas dan efektif
- Meningkatkan keberkesanan aktiviti pembudayaan ilmu supaya dapat dimanfaatkan oleh semua warga PSIS
- Menyediakan prasarana perpustakaan PSIS yang kondusif dan bertaraf global
CARTA ORGANISASI