Lulusan yang telah menamatkan pengajian boleh membuat tuntutan Transkrip Akademik Rasmi seperti berikut:

1. Setelah hebahan pengambilan transkrip akademik dikeluarkan oleh Unit Peperiksaan PSIS melalui Lawan Sesawang Rasmi Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) https://psis.mypolycc.edu.my/ di bahagian Hebahan/ Pengumuman.

  • Sila muat turun Borang Permohonan Transkrip Akademik.
  • Borang permohonan ini perlu diisi oleh Lulusan PSIS.
  • Lulusan perlu hadir ke Unit Peperiksaan PSIS bersama Borang Permohonan Transkrip Akademik yang lengkap berserta sesalinan Kad Pengenalan lulusan.
  • Wakil lulusan dibenarkan mengambil transkrip sekiranya lulusan tidak dapat hadir dengan mengemukakan Borang Permohonan Transkrip Akademik yang lengkap berserta sesalinan Kad Pengenalan lulusan dan juga sesalinan Kad Pengenalan wakil lulusan semasa tuntutan dibuat.

2. Semasa Majlis Konvokesyen PSIS berlangsung mengikut tempoh yang ditetapkan.

Muat Turun Borang Permohonan Transkrip Akademik di sini