Soalan 1: Apakah kemudahan pengangkutan yang ada?

Jawapan: 

Perkhidmatan pengangkutan yang sediada adalah Bas Smart Selangor. Selain itu, koperasi menyediakan perkhidmatan bas bagi setiap cuti pertengahan semester dan cuti semester.


Soalan2: Apakah rawatan yang diberikan sekiranya pelajar jatuh sakit?

Jawapan: 

Untuk makluman, Politeknik mempunyai Pembantu Perubatan (MA) yang bertugas di KAMSIS PSIS. Pelajar-pelajar boleh mendapatkan rawatan sekiranya ada masalah kesihatan. Sekiranya ada kes kesihatan pada waktu malam, pihak felo asrama akan membawa ke Klinik Parit Baru untuk menerima rawatan


Soalan 3: Sekiranya tidak dapat menginap di kolej kediaman pada semester akan datang, adakah terdapat kemudahan penginapan di luar PSIS?

Jawapan: 

Sekiranya tidak ditawarkan penempatan kolej kediaman pada semester hadapan, terdapat  kemudahan penempatan luar seperti rumah sewa yang berdekatan dengan politeknik.


Soalan 4: Berapakah yuran setiap semester? Adakah ianya sama setiap semester?

Jawapan: 

Berkaitan dengan yuran setiap semester, pelajar akan dimaklumkan oleh pihak Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Pelajar (JPPPel).


Soalan 5: Apakah terdapat saluran bantuan bagi yang kurang berkemampuan?

Jawapan: 

Pelajar boleh merujuk kepada pihak JPPPel untuk keterangan lanjut. Terdapat borang permohonan bantuan yang disediakan di JPPPel, para pelajar yang yang berkelayakan akan diberikan bantuan mengikut keperluan secara one off.


Soalan 6: Apakah kemudahan pembiayaan pengajian yang boleh pelajar mohon?

Jawapan: 

Terdapat tawaran pembiayaan pengajian samada secara pinjaman atau biasiswa. Pelajar boleh rujuk pihak JPPPel dan Penasihat Akademik masing-masing.


Soalan 7: Bagaimanakah sekiranya ingin membuat laporan sekiranya terdapat kes buli?

Jawapan: 

Pelajar boleh membuat laporan kepada Penasihat Akademik, Penyelaras JPPPel Jabatan, Felo Kolej Kediaman, Pegawai Disiplin, ataupun Pegawai Kebajikan dan Disiplin JPPPel.


Soalan 8: Adakah pelajar dibenarkan membawa kenderaan ke dalam kawasan politeknik?

Jawapan: 

Kenderaan pelajar adalah dilarang masuk ke dalam kawasan politeknik. Namun begitu, kenderaan pelajar yang mempunyai pelekat kenderaan pelajar, boleh memohon pelepasan selama 1 jam bagi perkara-perkara yang memerlukan. Pelekat kenderaan pelajar boleh dipohon di JPPPel.


Soalan 9: Waktu lawatan yang dibenarkan untuk ibu bapa atau penjaga melawat pelajar?

Jawapan: 

Setiap hari sehingga jam 7 petang sahaja dan perlu mempamerkan kad pelawat yang boleh didapati di pondok pengawal.


Soalan 10: Dimanakah barang keperluan harian boleh dibeli?

Jawapan: 

Pelajar boleh membeli barang keperluan harian seperti makanan, alatulis dan lain-lain di KOOPMART yang berada di kawasan kafeteria kamsis dan kafeteria pentadbiran.


Soalan 11: Bagaimana jika ingin bertukar politeknik atau program pengajian?

Jawapan: 

Pelajar boleh merujuk terus ke pejabat JPPPel selepas tamat Minggu Transformasi Siswa.


Soalan 12: Adakah pelajar dibenarkan membawa peralatan elektrik persendirian?

Jawapan: 

Pelajar TIDAK DIBENARKAN membawa barangan elektrik persendirian kecuali komputer dan komputer riba.


Soalan 13: Adakah pelajar dibenarkan meninggalkan kolej kediaman sekiranya terdapat kes kecemasan dan perlu pulang ke rumah pada waktu malam?

Jawapan: 

Pelajar boleh merujuk terus kepada Felo Kolej Kediaman dan Pengurusan Kolej Kediaman. Hanya Ibu Bapa atau penjaga atau waris terdekat sahaja dibenarkan mengambil pelajar.


Soalan 14: Adakah PSIS mengamalkan SOP (Standard Operating Procedure) berkaitan dengan pencegahan Covid-19?

Jawapan: 

Ya. PSIS mengamalkan SOP pencegahan Covid-19 dan semua warga PSIS serta tetamu perlu mematuhi SOP ini bagi membendung penularan Wabak Covid-19