Jabatan Hal Ehwal Pelajar
- Details
- Hits: 3732
INFO JABATAN
Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) adalah merupakan satu jabatan sokongan utama berperanan dalam pengurusan dan pembangunan pelajar merangkumi pembangunan modal insan, disiplin, pengambilan dan pengurusan data.
Jabatan ini terdiri daripada tiga (3) Unit iaitu:
- Unit Hal Ehwal Pelajar yang berperanan:
- Menyelaras, memantau dan mengawasi aktiviti-aktiviti pelajar mengikut takwim aktiviti Jabatan Pengurusan dan Pembangunan Pelajar dan takwim aktiviti Politeknik Sultan Idris Shah bagi melahirkan graduan TVET yang berkualiti dan seimbang.
- Merancang, mengurus, menyelaraskan dan melaksanakan aktiviti promosi kemasukan pelajar baru ke Politeknik Sultan Idris Shah.
- Merancang, mengurus, menyelaraskan dan melaksanakan aktiviti pengambilan dan pendaftaran pelajar baru dan pelajar senior.
- Menguruskan pendaftaran kad pelajar dan permohonan kad pelajar baru sekiranya hilang, rosak atau tamat tempoh.
- Mengurus dan memperoses permohonan pelajar (Urusan Pertukaran Politeknik, Pertukaran Kursus, Pertukaran Jenis Program, Tangguh Pengajian, Berhenti Pengajian).
- Menyelaras urusan berkaitan Pinjaman dan Biasiswa pelajar.
- Mengagihkan, memantau, dan merekod anggaran perbelanjaan aktiviti-aktiviti pelajar kepada setiap Jabatan, Seksyen, Unit, Kelab dan Persatuan supaya aktiviti-aktiviti pelajar dapat dijalankan seperti yang telah dirancang.
- Menyelaras, merekod dan memantau aktiviti disiplin pelajar di Politeknik Sultan Idris Shah supaya dapat melahirkan graduan TVET yang berkualiti dari segi sahsiah dan ketrampilan diri.
- Permohonan pelekat kenderaan pelajar dan pemantauan penggunaan kad pelajar serta kebenaran aktiviti keluar / masuk kenderaan pelajar.
- Memastikan perjalanan Minggu Transformasi Siswa (MTS) berjalan dengan lancar dan teratur mengikut perancangan yang ditetapkan.
- Memastikan perjalanan Pilihanraya Kampus berjalan dengan lancar dan teratur mengikut perancangan yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).
- Menyelaras, memantau dan melaksanakan aktiviti kebajikan pelajar di Politeknik Sultan Idris Shah supaya dapat melahirkan graduan TVET yang berkualiti dari segi sahsiah dan ketrampilan diri.
- Urusetia Anugerah Kecemerlangan Pelajar untuk penganugerahan pelajar cemerlang akademik, kokurikulum dan sahsiah.
- Bertindak melaksanakan sebarang arahan daripada Ketua Jabatan dan Pengarah dari masa ke semasa berkaitan kebajikan dan urusan pelajar di Politeknik Sultan Idris Shah.
- Unit Pengurusan Kediaman Pelajar yang berperanan:
- Menyediakan kemudahan dan kelengkapan penginapan di Kolej Kediaman,PSIS.
- Mengurus dan menyediakan suasana yang kondusif kepada penghuni Kolej Kediaman.
- Memastikan kebajikan pelajar dalam dan luar kampus sentiasa terjaga.
- Unit Pengurusan Psikologi dan Kesihatan yang berperanan:
- Menyediakan perkhidmatan bimbingan/ kaunseling kakitangan/pelajar
- Melaksanakan pengurusan dan pentadbiran ujian- ujian psikologi
- Melaksanakan Program Pembangunan kakitangan dan pelajar
- Melaksanakan Program Kepimpinan Pelajar
- Melaksanakan Program Pembangunan Kerjaya
- Memberikan perkhidmatan rawatan awal untuk mencegah risiko yang akan terjadi.
- Mengatasi komplikasi kesihatan bagi mencapai pemulihan awal yang maksima.
- Mencegah kejadian penyakit melalui promosi kesihatan, Pendidikan kesihatan (health education), dan langkah –langkah pencegahan dan pengawalan.
- Menggalakkan penglibatan pelajar dan kakitangan PSIS dalam menjaga kesihatan dan seterusnya meningkatkan taraf kesihatan.
Maklumat lanjut boleh hubungi:
MOHD FAKHRURRAZI BIN AWANG @ GHAZALI
Ketua Jabatan,
Jabatan Pengurusan dan Pembangunan Pelajar
03-32806528