TATACARA PENDAFTARAN KURSUS
1. Pendaftaran kursus dilaksanakan secara atas talian melalui spmp.psis.edu.my.
2. Pelajar perlu menjelaskan yuran dan mendaftar pengajian sebelum membuat pendaftaran kursus.
3. Tempoh pendaftaran kursus yang ditetapkan TUJUH (7) hari dari tarikh rasmi sesi pengajian bermula.
4. Proses pendaftaran kursus ini boleh dilaksanakan selepas pelajar selesai melapor diri pengajian melalui Sistem Pengurusan Maklumat Politeknik (iHELP).
5. Pendaftaran kursus hendaklah dibuat berdasarkan Struktur Program Pengajian yang pelajar ikuti.
6. Jumlah jam kredit yang dibenarkan adalah 12 – 20 jam kredit
7. Pelajar perlu merujuk Jadual Waktu Kuliah sesi semasa dan mendapatkan khidmat nasihat daripada Penasihat Akademik sebelum mendaftar kursus.
8. Pelajar tidak dibenarkan mendaftar kursus setelah Minggu Kuliah bermula.
9. Sila klik pautan TATACARA PENDAFTARAN KURSUS SPMP bagi mendapatkan maklumat berkaitan langkah-langkah pendaftaran kursus di SPMP.
TATACARA PERMOHONAN PINDAHAN KREDIT DAN PENGECUALIAN KURSUS (CTCE)
1. Pindahan Kredit dan Pengecualian Kursus boleh dipohon oleh pelajar sekiranya memenuhi kriteria yang ditetapkan di dalam Garis Panduan Pindahan Kredit & Pengecualian Kursus Politeknik Malaysia yang sedang berkuatkuasa.
2. Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh TIGA (3) Minggu Pertama Pengajian selepas bermulanya sesi pertama pengajian.
3. Pelajar dinasihatkan untuk berbincang dengan Penasihat Akademik masing-masing berkaitan permohonan pindahan kredit/pengecualian kursus.
4. Pelajar perlu mengemukakan dokumen permohonan seperti berikut :
a. Borang Permohonan Pindahan Kredit/Pengecualian Kursus (Borang PSIS/UPEP/01)
b. Salinan transkrip yang telah disahkan
c. Sukatan kursus yang telah disahkan
5. Semua dokumen yang telah lengkap perlu diserahkan kepada Ketua Jabatan Akademik pelajar untuk proses selanjutnya. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
6. Keputusan permohonan akan dimaklumkan pada Minggu ke-6 Pengajian. Surat Kelulusan Pindahan Kredit dan Pengecualian Kursus akan dikeluarkan hanya kepada pelajar yang berjaya.
7. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan, sila berhubung terus dengan Unit Peperiksaan Politeknik Sultan Idris Shah.
TATACARA PENAMBAHAN DAN PENGGUGURAN KURSUS
1. Penambahan atau Pengguguran kursus boleh dilakukan oleh pelajar dengan syarat jumlah jam kredit sesi berkenaan tidak melebihi atau kurang dari jumlah jam kredit yang dibenarkan berdasarkan Arahan-arahan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian (Diploma) Edisi 6, Jun 2019.
2. Pelajar hendaklah terlebih dahulu mendapat khidmat nasihat dan sokongan daripada Penasihat Akademik atau Ketua Program serta mendapat kelulusan Ketua Jabatan Akademik.
3. Tempoh penambahan atau pengguguran kursus yang ditetapkan bermula pada Minggu ke TIGA (3) hingga Minggu ke ENAM (6) sesi pengajian.
4. Pelajar tidak dibenarkan membuat sebarang penambahan atau pengguguran kursus selepas tempoh yang ditetapkan.
5. Sila klik pautan Tatacara Penambahan Dan Pengguguran Kursus bagi mendapatkan maklumat berkaitan langkah-langkah penambahan dan pengguguran kursus.