- Details
- Hits: 2388
Perhatian Kepada Semua Pelajar Politeknik Sultan Idris Shah
Yang Ditawarkan Kolej Kediaman
PANGGILAN KEMASUKAN PELAJAR SEMASA KE KOLEJ KEDIAMAN POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH (PSIS) BAGI SESI I 2022/2023
Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk
2. Untuk makluman, pihak pengurusan PSIS telah meluluskan kemasukan pelajar semasa (Senior) ke Kolej Kediaman bagi Sesi 1 2022/2023. Sehubungan dengan itu, bagi kemasukan sesi ini, semua pelajar yang terlibat adalah pelajar yang telah BERJAYA menerima Tawaran Menduduki Kolej Kediaman dan dimohon untuk menghadirkan diri seperti ketetapan berikut"-
Tarikh : 20hb Ogos 2022 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Perkarangan Cafe Kolej Kediaman
3. Oleh itu, pelajar dinasihatkan mendaftar diri di lokasi pendaftaran mengikut masa yang telah ditetapkan seperti di Lampiran.
4. Oleh itu, semua pelajar yang ditawarkan kemudahan kolej kediaman adalah dikehendaki membuat bayaran Yuran Kolej Kediaman melalui JOMPAY dengan mengikut tatacara Pembayaran Kolej Kediaman seperti di Lampiran. Slip pembayaran yuran kolej kediaman perlu dibawa bersama bersama surat tawaran semasa hari pendaftaran.
5. Bersama-sama ini dilampirkan pelan lalu lintas pendaftaran kolej kediaman (Lampiran) untuk rujukan ibu bapa dan pelajar.
6. Segala prihatin, tinakan dan kerjasama para pelajar amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih
"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menjalankan amanah.
(Ts. ZULKURNSIN BIN SHAHADAN)
Pengarah
Politeknik Sultan Idris Shah
Kementerian Pengajian Tinggi
- Details
- Hits: 2654
Perhatian kepada semua pelajar
Politeknik Sultan Idris Shah
PERMOHONAN MENDUDUKI KOLEJ KEDIAMAN BAGI SESI I 2022/2023
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi menduduki Kolej Kediaman bagi Sesi I 2022/2023 telah dibuka bermula dari 22/06/2022 (Rabu) sehingga 05/07/2022 (Selasa). Permohonan adalah dibuka secara atas talian iaitu melalui sistem SPMP.
Justeru itu pelajar adalah dimohon untuk mengikut garis panduan dan tarikh masa yang ditetapkan bagi memudahkan proses permohonan dan pemilihan. Jadual dan garis panduan permohonan bolehlah dimuat turun disini (Memo dan Jadual Pemohonan Kolej Kediaman📌).
Kerjasama dari semua pelajar amatlah dihargai. Sekian terima kasih.
NORMAN BIN ZAMRI
Timbalan Pengarah Sokongan Akademik
Politeknik Sultan Idris Shah
- Details
- Hits: 4001
Perhatian kepada semua pelajar Politeknik Sultan Idris Shah
Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya saya di arah merujuk kepada perkara di atas.
- Adalah dimaklumkan hebahan kemasukan pelajar semasa ke Kolej Kediaman bagi Sesi I: 2022/ 2023 adalah seperti berikut:-
KATEGORI |
KENYATAAN HEBAHAN |
Kategori 1 |
Sekiranya Permohonan BERJAYA, No. Bilik boleh disemak melalui i-Kamsis SPMP mulai 16HB OGOS 2022 |
Kategori 2 |
Sekiranya Permohonan TIDAK BERJAYA, Rayuan melalui i-Kamsis Sistem Pengurusan Maklumat dibuka mulai 01hb Ogos 2022 sehingga 03hb Ogos 2022. Keputusan rayuan pada 10HB OGOS 2022 |
Kategori 3 |
Bagi Pelajar yang TIDAK MEMOHON, hendaklah mengisi maklumat dan disertakan Surat Rasmi menduduki Kolej Kediaman melalui pautan dibawah. Keputusan permohonan pada 10HB OGOS 2022. |
PELAJAR TIDAK BERJAYA |
Permohonan yang Tidak Berjaya dinasihatkan mencari kediaman/ rumah sewa disekitar lnstitusi melalui pautan dibawah atau mana- mana platform yang lain. |
PELAJAR JTMK |
Keputusan Kemasukan KolejKediaman boleh disemak mulai 01hb SEPTEMBER 2022. |