Perhatian Kepada Semua Pelajar Politeknik Sultan Idris Shah
Yang Ditawarkan Kolej Kediaman

PANGGILAN KEMASUKAN PELAJAR SEMASA KE KOLEJ KEDIAMAN POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH (PSIS) BAGI SESI I 2022/2023

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk

2. Untuk makluman, pihak pengurusan PSIS telah meluluskan kemasukan pelajar semasa (Senior) ke Kolej Kediaman bagi Sesi 1 2022/2023. Sehubungan dengan itu, bagi kemasukan sesi ini, semua pelajar yang terlibat adalah pelajar yang telah BERJAYA menerima Tawaran Menduduki Kolej Kediaman dan dimohon untuk menghadirkan diri seperti ketetapan berikut"-

Tarikh     : 20hb Ogos 2022 (Sabtu)
Masa      : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat   : Perkarangan Cafe Kolej Kediaman

3. Oleh itu, pelajar dinasihatkan mendaftar diri di lokasi pendaftaran mengikut masa yang telah ditetapkan seperti di Lampiran.

4. Oleh itu, semua pelajar yang ditawarkan kemudahan kolej kediaman adalah dikehendaki membuat bayaran Yuran Kolej Kediaman melalui JOMPAY dengan mengikut tatacara Pembayaran Kolej Kediaman seperti di Lampiran. Slip pembayaran yuran kolej kediaman perlu dibawa bersama bersama surat tawaran semasa hari pendaftaran.

5. Bersama-sama ini dilampirkan pelan lalu lintas pendaftaran kolej kediaman (Lampiran) untuk rujukan ibu bapa dan pelajar.

6. Segala prihatin, tinakan dan kerjasama para pelajar amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih

"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah.

(Ts. ZULKURNSIN BIN SHAHADAN)
Pengarah
Politeknik Sultan Idris Shah
Kementerian Pengajian Tinggi