Tatacara Permohonan Salinan Sijil Diploma dan Transkrip Akademik (Gantian)

1. Graduan yang kehilangan Sijil Diploma/Transkrip Akademik boleh memohon untuk mendapatkan salinan sijil diploma/transkrip akademik. Graduan perlu mengemukakan dokumen berikut :

         a. Salinan Laporan Polis berkenaan kehilangan/kerosakan Sijil Diploma/Transkrip Akademik. Laporan Polis boleh dimohon secara maya di e-Reporting PDRM

         b. Borang Permohonan Salinan Sijil Diploma/Transkrip Akademik.

         c. Salinan Kad Pengenalan.

         d. Dokumen sokongan (jika ada)

                    i. Salinan Sijil Diploma asal

                    ii. Salinan Transkrip Akademik asal

                    iii. Salinan Slip Keputusan Peperiksaan setiap semester

         e. Resit bayaran melalui sistem iPayment di laman web https://ipayment.anm.gov.my/

                    i. Sijil Diploma Gantian Versi BM = RM50

                    ii. Sijil Diploma Gantian Versi BI = RM50

                    iii. Transkrip Akademik Gantian = RM10

2. Semua dokumen yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar ke Unit Peperiksaan Politeknik Sultan Idris Shah. Permohonan graduan akan diproses dalam tempoh masa EMPAT BELAS (14) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.

3. Salinan Sijil Diploma/Transkrip boleh dituntut di Unit Peperiksaan Politeknik Sultan Idris Shah melalui kaedah seperti berikut :

          a. Ambil sendiri di Unit Peperiksaan Politeknik Sultan Idris Shah.

          b. Wakil (hadir bersama Surat Rasmi Kebenaran untuk mewakili graduan)

          c. Pos (Graduan menghantar sampul POSLAJU prabayar saiz A4 beralamat sendiri ke Unit Peperiksaan)

Muat Turun Borang Permohonan Salinan Sijil/Transkrip Akademik di sini  
Muat Turun Tatacara Pembayaran Sijil Diploma Dan Transkrip Akademik Gantian Di iPayment di sini