Tatacara Cetakan Surat Perakuan/ Pengesahan Tamat Pengajian dan Transkripsi Provisional Melalui Sistem SPMP
- Details
- Hits: 9183
Semua pelajar yang telah menamatkan pengajian mulai Sesi Disember 2018, cetakan sendiri Surat Perakuan/Pengesahan Tamat Pengajian dan Transkrip Provisional (transkrip sementara) boleh dilakukan melalui SPMP i-Exam.
Pelajar boleh mencetak :
- Surat Perakuan Tamat Pengajian
Tempoh masa cetakan – Selepas keputusan rasmi peperiksaan akhir hingga Mesyuarat Lembaga Peperiksaan dan Penganugerahan Sijil/Diploma Politeknik bersidang.
- Transkrip Provisional
Tempoh masa cetakan – Selepas keputusan rasmi peperiksaan akhir hingga Istiadat Majlis Konvokesyen graduan berlangsung.
- Surat Pengesahan Tamat Pengajian
Tempoh masa cetakan – Selepas Mesyuarat Lembaga Peperiksaan dan Penganugerahan Sijil/Diploma Politeknik bersidang hingga Istiadat Majlis Konvokesyen graduan berlangsung.
Untuk makluman, Transkrip Akademik Rasmi akan dicetak oleh Unit Peperiksaan selepas Mesyuarat Lembaga Peperiksaan dan Penganugerahan Sijil/Diploma Politeknik bersidang. Mohon rujuk makluman di laman web Politeknik Sultan Idris Shah tarikh dan prosedur menuntut transkrip akademik.
Sebarang pertanyaan atau kemusykilan, anda boleh berhubung terus dengan UNIT PEPERIKSAAN di talian 03-3280 6200.
Muat Turun Tatacara Cetakan Perakuan/ Pengesahan Tamat Pengajian dan Transkrip Provisional melalui sistem SPMP sebagai rujukan di sini |