KEUSAHAWANAN DALAMPENDIDIKAN TVET
Program pembangunan keusahawanan dibawah Seksyen Pembangunan Keusahawanan (SPU) merupakan initiatif bagi merealisasikan Plan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 dan Dasar Keusahawanan Nasional 2030 dalam usaha melahirkan graduan holistic dan berciri keusahawanan.
Program ini dapat memberikan pendedahan awal dalam bidang keusahawanan kepada pelajar-pelajar yang berminat untuk menjadi usahawan. Selain dari itu, program ini diharap dapat menjadi platform bagi pelajar menimba pengalaman dan mempraktikkan ilmu yang telah mereka pelajari di dalam kelas sebelum mereka memasuki alam perniagaan sebenar serta mewujudkan peluang kerjaya di masa depan.
KEMUDAHAN DAN FASILITI
1. Inkubator Individu Keusahawanan – Printing and Merchandising
2. Inkubator Group Keusahawanan – Retail Food and Beverages – Biz Point
3. Akademi Keusahawanan
4. Kenderaan logistic Keusahawanan
5. Kemudahan perniagaan seperti perkakasan
6. Kemudahan computer bagi digital entrepeneurship
7. 10 orang pensyarah pakar keusahawanan
8. 5 mentor industry keusahawanan
9. Kiosk Keusahawanan
TEMPAHAN KEMUDAHAN DAN PERALATAN KEUSAHAWANAN
Pelajar boleh membuat tempahan kemudahan dan peralatan keusahawanan menggunakan Borang Tempahan Kemudahan dan Peralatan Keusahawanan dalam dua salinan kepada Seksyen Pembangunan Usahawan dengan mengambil perhatian nota penting semasa membuat tempahan seperti berikut:
1. Tempahan perlu dibuat SELEWATNYA-LEWATNYA 5 HARI WAKTU BEKERJA sebelum tarikh penggunaan.
2. Sebarang KELULUSAN TERTAKLUK PADA STATUS KEMUDAHAN pada waktu tersebut.
3. Sebarang PERUBAHAN ATAU PEMBATALAN TEMPAHAN perlu dimaklumkan kepada pihak Seksyen Pembangunan Usahawan PSIS selewatnya-lewatnya 1 HARI BEKERJA.
4. Sebarang Tempahan perlu disertakan dengan SURAT/MEMO/TENTATIF PROGRAM/KERTAS KERJA.
5. TIDAK DIBENARKAN MEMBUAT SEBARANG KEROSAKAN PADA KEMUDAHAN PERALATAN PINJAMAN.
6. Peralatan yang telah digunakan perlu dikemaskan dan disimpan di tempat asal selepas program/aktiviti selesai.
7. Pemohon perlu memastikan kemudahan/peralatan dalam keadaan bersih dan kemas selepas program/aktiviti selesai untuk pulangan deposit keselamatan.Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Seksyen Pembangunan Usahawan PSIS di talian sambungan 6442/6443.