1. Peperiksaan Akhir Semester Politeknik dilaksanakan secara serentak di semua politeknik seluruh Malaysia mengikut Takwim Akademik Politeknik Malaysia.

2. Semakan Jadual Waktu Peperiksaan Akhir Selaras dikeluarkan oleh  Bahagian Peperiksaan dan Penilaian (BPN), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) secara atas talian melalui  http://bpn.mypolycc.edu.my/psh/

3. Pelajar perlu membuat semakan jadual peperiksaan sebanyak 3 kali setiap semester seperti turutan berikut:

a) DRAF 1 – Jadual Waktu Peperiksaan Akhir Selaras.

b) MUKTAMAD – Jadual Waktu Peperiksaan Akhir Selaras.

c) Semakan Kedudukan Tempat Peperiksaan – Jadual Waktu Peperiksaan Akhir Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS).


a) DRAF 1 – Jadual Waktu Peperiksaan Akhir Selaras:

i) Semakan Draf 1 Jadual Waktu Peperiksaan Akhir Selaras boleh disemak bermula Minggu Ke-9 Pengajian sehingga Minggu Ke-12 Pengajian.

ii) Jadual ini keluarkan oleh BPN untuk para pelajar membuat semakan awal sekiranya terdapat pertindihan kursus yang diduduki atau sebarang isu lain yang berkaitan.

iii) Pelajar dikehendaki membuat semakan tarikh dan masa bagi semua kursus yang berdaftar dan mempunyai peperiksaan akhir pada semester berkenaan.

iv) Sebarang maklum balas atau isu berkaitan Draf 1 Jadual Waktu Peperiksaan Akhir ini boleh dibuat melalui pautan yang diberikan mengikut tempoh masa yang ditetapkan. 

v) Sila rujuk Tatacara Semakan Jadual Waktu Peperiksaan Akhir Selaras.

Muat Turun Tatacara Semakan Jadual Waktu Peperiksaan Akhir Selaras di sini  

b) MUKTAMAD – Jadual Waktu Peperiksaan Akhir Selaras:

i) Semakan Muktamad Jadual Waktu Peperiksaan Akhir Selaras boleh disemak mulai Minggu Ke-14 Pengajian.

ii) Jadual Waktu Peperiksaan Akhir Selaras ini adalah yang muktamad dan tiada sebarang perubahan jadual akan dibuat kecuali sekiranya terdapat Kenyataan Rasmi yang dikeluarkan oleh pihak BPN melalui Unit Peperiksaan Politeknik.

iii) Pelajar dikehendaki membuat semakan tarikh dan masa bagi semua kursus yang berdaftar dan mempunyai peperiksaan akhir pada semester berkenaan.

iv) Sila rujuk Tatacara Semakan Jadual Waktu Peperiksaan Akhir Selaras.

c) Semakan Kedudukan Tempat Peperiksaan:

i) Pelajar PSIS dikehendaki menyemak lokasi peperiksaan berlangsung dan kedudukan meja di dalam Dewan/ Bilik Peperiksaan.

ii) Semakan kedudukan tempat peperiksaan boleh dibuat seminggu sebelum Tarikh Peperiksaan Akhir bermula melalui laman sesawang http://spmp.psis.edu.my/

iii) Sebarang masalah berkaitan lokasi dan tempat peperiksaan akhir berlangsung perlu dirujuk ke Unit Peperiksaan PSIS dengan segera.

iv) Sila rujuk Tatacara Semakan Kedudukan Tempat Peperiksaan PSIS.

Muat Turun Tatacara Semakan Kedudukan Tempat Peperiksaan PSIS di sini