𝐢𝐂𝐨𝐦𝐩𝐄𝐱 𝟐𝟎𝟐𝟒: 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐑𝐍𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐈𝐍𝐍𝐎𝐕𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐀𝐍𝐃 𝐈𝐍𝐕𝐄𝐍𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐄𝐓𝐈𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐓𝐇𝐑𝐎𝐔𝐆𝐇 𝐄𝐗𝐇𝐈𝐁𝐈𝐓𝐈𝐎𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒
Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Puan Norsalwati Mohd Razalli, Puan Mastura Mohamad, Encik Asri Sabri dan Encik Mohamad Sufian Hussin dari Jabatan Perdagangan, PSIS atas kejayaan yang diperolehi dalam pertandingan iCompEx 2024 di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Jitra Kedah.
Pertandingan ini merupakan anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Inovasi, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dan Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS), Jitra Kedah. Sebanyak 286 produk inovasi dipertandingkan dalam 9 kategori yang melibatkan pelbagai institusi,agensi, sekolah serta IPT dalam dan luar negara.
Dengan membawa produk inovasi berkonsepkan gamifikasi melalui pendekatan teknologi augmented reality bagi subjek Akhlak Islamiyyah (AKHAR), pasukan JP, PSIS telah memperoleh pingat EMAS dan tempat KETIGA bagi BEST PRODUCT INNOVATION dalam kategori TEACHING AND LEARNING daripada 59 penyertaan.
Semoga usaha baik ini dapat diteruskan dalam meningkatkan produktiviti para pensyarah secara holistik menghasilkan produk inovasi yang berilmiah demi mendidik anak bangsa sehingga berjaya ke menara gading.
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
Twitter: @twtpsis