𝐏𝐒𝐈𝐒 𝐉𝐔𝐀𝐑𝐀 𝐊𝐀𝐓𝐄𝐆𝐎𝐑𝐈 𝐀𝐔𝐃𝐈𝐎 𝐕𝐈𝐒𝐔𝐀𝐋 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐀𝐈𝐊 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐕𝐋𝐎𝐆 𝐉𝐈𝐖𝐀𝐊𝐔 𝟐𝟎𝟐𝟒
Teluk Cempedak, 18 Ogos 2024 - Pasukan JIWAKU PSIS telah berjaya merangkul Juara Kategori Audio Visual Terbaik dalam pertandingan Vlog JIWAKU 2024 anjuran Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah yang diadakan pada 16-18 Ogos 2024 di Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang.
Kemenangan ini turut diraikan oleh Pengarah PSIS, Puan Haslinda Binti Abd Hamid. Ini merupakan bukti dedikasi dan usaha gigih pasukan dalam menghasilkan kandungan yang berkualiti dan kreatif. Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama PSIS, tetapi juga membuktikan kebolehan dan potensi tinggi pelajar dalam bidang produksi audio visual melalui kegiatan kokurikulum kelab dan persatuan yang sedia ada di PSIS.
Pasukan JIWAKU PSIS telah berjaya menonjolkan bakat dan kreativiti mereka melalui teknik penggambaran, suntingan, dan penceritaan,, sekaligus mendapat pengiktirafan juri sebagai yang terbaik dalam kategori ini. Semoga kejayaan ini akan menjadi inspirasi kepada pelajar lain untuk terus berkarya dan mencipta hasil yang cemerlang di masa hadapan.
Tahniah diucapkan kepada wakil dari PSIS kerana mendapat tempat bagi kategori berikut:
Audio Visual Terbaik Vlog (Juara)
Pelajar:
-Muhammad Syazuan Aeiman Bin Mohd Asri
Jabatan Kejuruteraan Awam.
-Siti Raadhiah Binti Mohd Rosli
Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti.
Jurulatih dan Pengiring:
-En. Mohd Zaini Bin Zainudin
Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan.
Pengarah dan seluruh warga PSIS mengucapkan SETINGGI-TINGGI TAHNIAH atas pencapaian ini!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
Twitter: @twtpsis