𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐃𝐑𝐈𝐒 𝐒𝐇𝐀𝐇 𝐑𝐀𝐈𝐇 𝟑 𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝟐 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐏𝐎𝐋𝐘𝐂𝐂𝐒𝐊𝐈𝐋𝐋𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟒

4 Julai - Pasukan PolyCCSkills PSIS telah berjaya meraih 3 pingat emas dan 2 pingat perak dalam Pertandingan PolyCCSkills 2024 bertempat di Politeknik Ungku Omar. Objektif utama pertandingan PolyCCSkills ini bagi memilih wakil pelajar Politeknik dan kolej komuniti yang berpotensi untuk mewakili POLYCC ke World Skills Malaysia Belia (WSMB). Pertandingan kali ini lebih mencabar kerana ia menggabungkan semua Politeknik dan Kolej Komuniti. Pasukan PSIS telah menghantar penyertaan untuk 9 bidang iaitu Electronic, Digital Construction, Bricklaying, IT Network System Administration, IT Software Solutions for Business, Stenography, Cooking, Tourist Guiding & High Rope.

Keputusan Penuh:

Tahniah diucapkan kepada wakil dari PSIS kerana mendapat pingat pada pusingan akhir PolyCCSkills 2024 bagi kategori berikut:

1. Cooking (Pingat Emas)
- Pelajar -Muhammad Haziq Ikhwan bin Mohd Ali
- Jurulatih - Chef Nur Zamahuri bin Ramly

2. Tourist Guiding (Pingat Emas)
- Pelajar - Nur Azlina Binti Sitosman
- Jurulatih - Puan Noorazyla Binti Mohd Nasri

3. Stenography (Pingat Emas)
- Pelajar - Nur Hafizzah binti Mustapha Kamal
- Jurulatih - Puan Aziawati binti Ahmad Azizi & Puan Maisara Aqlili Riana binti Mohamad Zaini

4. Elektronik (Pingat Perak)
- Pelajar - Muhammad Danish Aqil bin Ahmad Khalil
- Jurulatih - Puan Robiah binti Zakaria

5. IT Software Solution for Business (Pingat Perak)
- Pelajar - Lim Yen Xing
- Jurulatih - Puan Akhmal Khalis binti Mohamad Isa


Semoga usaha yang berdedikasi ini menjadi inspirasi kepada semua untuk terus mencapai kejayaan cemerlang di masa hadapan dan sekaligus mampu menarik minat kepada individu lain untuk menyertai Pasukan POLYCCSkills PSIS pada masa akan datang.
Pasukan PolyCCSKills PSIS telah diuruskan oleh Kapt. Bersekutu (PA) Dr. Muhammad Daniel bin Derome dan dibantu oleh dua belas orang jurulatih terdiri dari Mohd Azim Bin Kamalolzaman dan Robiah Binti Zakaria (JKE), Akhmal Khalis Binti Mohamad Isa & Noor Aishah Binti Zainiar (JTMK), Suhaimi Bin Madhir & Mohd Zainudin Bin Jenal (JKA), Aziawati Binti Ahmad Azizi & Maisarrah Aqlili Riana Binti Mohamad Zaini (JP), Nur Shahirah Bt. Mat Sharif, Zuliya Aini Bt. Ahmad Tarmizi, Nur Zamahuri bin Ramly & Norazyla binti Mohd Nasri (JPH).
Pengarah dan seluruh warga PSIS mengucapkan SETINGGI-TINGGI TAHNIAH atas pencapaian ini!


………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
Twitter: @twtpsis
#2dekadmenggarapkecemerlangan
#PSISdesigningYourFuture
#psispergijauh
#psisdihati
#MYPremierDigitalTech
#MalaysiaMadani