𝐏𝐒𝐈𝐒 𝐉𝐔𝐀𝐑𝐀 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐔𝐑𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐅𝐄𝐒𝐊𝐄𝐖 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐋𝐄𝐉 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐄-𝟏𝟐

Merlimau, 3 Julai 2024 – Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) muncul juara keseluruhan Festival Kebudayaan & Warisan (FESKEW) Politeknik dan Kolej Komuniti Ke-12 yang berlangsung di Politeknik Merlimau, Melaka. PSIS dinobatkan sebagai juara keseluruhan apabila menjuarai kategori Pertandingan Doodles Arts di samping memenangi Anugerah Busker Harapan bagi Kategori Irama Malaysia dalam pertandingan Rentak Busking membawa pulang wang tunai RM 2,200 jumlah keseluruhan.

Selain itu, Politeknik Merlimau juga tuan rumah bagi penganjuran FESKEW kali ini muncul Johan Busking Terbaik bagi Pertandingan Rentak Busking, PMM juga membawa pulang Anugerah Busana Terbaik bagi kedua-dua kategori (Rentak Juara & Irama Malaysia), Anugerah Susunan Muzik Terbaik Rentak Juara, Anugerah Persembahan Terbaik bagi kedua-dua kategori (Rentak Juara & Irama Malaysia) dan kemenangan PMM diteruskan dengan meraih Anugerah Nyanyian Terbaik juga bagi kedua-dua segmen Rentak Juara & Irama Malaysia.

Majlis Penutupan & Penyampaian Anugerah FESKEW Ke-12 telah dirasmikan oleh Ts. Abdul Razak bin Sabtu, Pengarah Kanan (Kompetensi), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK). Dalam ucapan beliau berkata, saya menyeru mahasiswa untuk menghargai seni budaya warisan bangsa yang menjadu identiti berharga dalam pembinaan ketamadunan sesebuah Masyarakat dan negara Dimana pengetahuan seni budaya yang diajar kepada warga POLYCC khususnya mampu menjadikan mereka sebagai agen penyatuan yang memartabatkan nilai-nilai murni merentas kaum dalam usaha memperkukuhkan perpaduan rakyat Malaysia.

Festival Kesenian, Warisan dan Budaya Malaysia merupakan acara tahunan yang di anjurkan oleh Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar (BAPP), JPPKK. Dengan tema Inspirasi TVET: Layarkan Seni & Budaya, Perkasa Rentak Warisan, Medan Politeknik Merlimau telah berubah menjadi landskap budaya, warisan, tradisi, melodi dan seni yang terindah yang bakal menjadi satu fenomena. FESKEW KE-12 telah berjaya menyatukan pentas budaya seluruh Malaysia yang dibuktikan dalam pertandingan “Rentak Busking” yang pastinya meninggalkan kesan yang tidak dapat dilupakan dan diperhebatkan lagi dengan pertaruhan hasil karya TVET “Doodles Art” yang akan menjadi mercu tanda karya seni dan kreativiti pelajar.

Dalam majlis tersebut Pengarah PMM Lt Kol Norizam bin Sekak turut menyerahkan Bendera FESKEW kepada Pengarah Politeknik Mersing Johor, Ts Dr Robert selaku tuan rumah bagi penganjuran FESKEW yang Ke-13 akan datang.


………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
Twitter: @twtpsis
#2dekadmenggarapkecemerlangan
#PSISdesigningYourFuture
#psispergijauh
#psisdihati
#MYPremierDigitalTech
#MalaysiaMadani