𝐀𝐒𝐊𝐀𝐑 𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐃𝐑𝐈𝐒 𝐒𝐇𝐀𝐇 𝐔𝐍𝐆𝐆𝐔𝐋𝐈 𝐀𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐄𝐌𝐁𝐀𝐊 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐒𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐏𝐓𝐀𝐀𝐂 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏𝟓/𝟐𝟎𝟐𝟒

SINTOK, 1 - 2 Julai 2024 - Platun Askar Wataniah Politeknik Sultan Idris Shah (AW-PSIS) telah mengharumkan nama politeknik khususnya dan Batalion Ke-3 Rejimen 502 Askar Wataniah apabila mengungguli semua acara menembak yang dipertandingkan iaitu Menembak Raifal M16 Praktis 1 (200m) dan Menembak Jatuh Piring (200m) semasa di Malaysian Polytechnic Territorial Army Annual Camp (MalPTAAC) Siri 15/2024. Sebanyak 15 politeknik telah berentap pada siri MalPTAAC kali ini.

Bagi acara Menembak Raifal M16 Praktis 1 (200m), juara ditentukan dengan mengira markah kumulatif seramai 30 orang penembak (20L, 10P) politeknik masing-masing di mana platun AW-PSIS telah berjaya mencatatkan 963 markah. Seorang penembak AW-PSIS 6299918 PBT Norshahiera Binti Shazulaziz telah muncul sebagai Penembak Ketiga keseluruhan terbaik bagi acara ini apabila menyumbangkan 58 markah. Seorang lagi pelajar AW-PSIS iaitu 6302135 PJM Nurinathirah Binti Zainal Abidin turut berjaya menempatkan diri dalam kelompok 30 penembak terbaik dengan catatan 45 markah pada tempat ke 25 terbaik.

Bagi acara Menembak Jatuh Piring (200m) pula, konsep pertandingan adalah kalah mati dengan penentuan juara adalah secara kiraan jatuhan piring terbanyak bagi setiap detail. Sekiranya jatuhan piring adalah sama, pasukan yang menjatuhkan piring pertama dikira sebagai juara. Bagi acara ini, setiap detail adalah terdiri daripada 2 politeknik yang masing-masing akan menghantar empat orang penembak terbaik mereka dan berentap secara sebelah menyebelah. AW-PSIS muncul sekali lagi sebagai juara keseluruhan setelah mengalahkan pasukan AW-PMU di peringkat akhir. Empat orang penembak terbaik AW-PSIS adalah 6299918 PBT Norshahiera Binti Shazulaziz, 6298978 PBT Khairun Nazmier Bin Mokhtar, 6301582 PBT Ariff Amzar Bin Abdul Wahab, dan 6301597 PBT Arief Imran Bin Mohd.

Pasukan AW-PSIS telah diuruskan oleh En Mohd Zeid Bin Abu Bakar, Pegawai Tumpangan Kapten Farrus Bin Wahi Anuar dan dua orang jurulatih iaitu Sarjan Shahrul Azren Bin Muslim dan Koperal Muhammad Zarif Bin Mohd Fuaad.

Pengarah dan seluruh warga PSIS mengucapkan SETINGGI-TINGGI TAHNIAH atas pencapaian ini!


………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
Twitter: @twtpsis
#2dekadmenggarapkecemerlangan
#PSISdesigningYourFuture
#psispergijauh
#psisdihati
#MYPremierDigitalTech
#MalaysiaMadani