𝐏𝐒𝐈𝐒 𝐊𝐄𝐊𝐀𝐋 𝐉𝐔𝐀𝐑𝐀 𝟏𝟕𝐓𝐇 𝐅𝐈𝐑𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐂𝐔𝐏 𝐊𝐀𝐋𝐈 𝐊𝐄-𝟓 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐔𝐑𝐔𝐓-𝐓𝐔𝐑𝐔𝐓


Tanjung Malim, 26 April 2024 – Pasukan PSIS Roboteam, Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) mempertahankan gelaran juara di kejohanan Federation of International Robot Soccer Association (FIRA) Malaysia Cup yang dimenangi di Pulau Pinang tahun lepas. Pasukan PSIS Roboteam berjaya mengumpul 15 pingat dan menewaskan 27 buah Politeknik dan Kolej Komuniti sekali gus membawa pulang piala pusingan pada kejohanan yang berlangsung selama lima hari bermula 21 April lalu di Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS).
Timbalan Pengarah Akademik PSIS, Zainuddin bin Kasmuri berkata hasil berlatih pada bulan Ramadan sehinggalah hari pertandingan ,PSIS telah berjaya mengumpul 6 Emas 6 Perak dan 3 Gangsa sekaligus dinobatkan sebagai juara bertahan buat kali ke-5 berturut-turut.

PSIS hantar seramai 48 orang pelajar yang terdiri daripada 27 pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik, 17 pelajar Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), 4 pelajar sekolah Menengah iaitu 2 daripada Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam dan 2 daripada Sekolah Menengah Munshi Abdullah Sabak Bernam, katanya. Pada kejohanan kali ini ia melibatkan seramai 978 peserta daripada 27 politeknik dan kolej komuniti (POLYCC) seluruh negara dengan sembilan (9) kategori dipertandingkan iaitu Simurosot, AiBot, HuroCup, Robosot, Androsot, Air Drone, Business & Innovation dan Autonomous Car Challenge.

Dalam usaha Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) untuk menarik minat pelajar dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM), satu kategori MyBot juga diberikan penjenamaan semula yang dikenali sebagai MyBot Youth yang melibatkan pelajar sekolah menengah yang dibimbing oleh mentor yang terdiri daripada pelajar institusi pengajian tinggi bagi mengasah kemahiran psikomotor dan penyelesaian masalah secara lebih berfokus seiring dengan keperluan semasa industri. Majis Penutupan 17th FIRA Malaysia 2024 telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Ts. Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi. Hadir sama Mohd Noor Shahudin, Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Robotsoccer Politeknik Malaysia.

Pengarah dan seluruh warga PSIS mengucapkan ucapan tahniah kepada PSIS Roboteam diatas kejayaan ini.
HOME OF FIRA CHAMPIONS!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
Twitter: @twtpsis