BANGKOK INTERNATIONAL INTELLECTUAL PROPERTY, INVENTION, INNOVATION AND TECHNOLOGY EXPOSITION (IPITEX2020)
- Details
- Hits: 281
Sekalung tahniah dan penghargaan dari semua warga PSIS buat 2 kumpulan inovator (pensyarah) dari Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH) PSIS di atas kejayaan memperoleh Anugerah Gangsa di Bangkok International Intellectual Property, Invention, Innovation and Technology Exposition (IPITEx2020). Program pertandingan inovasi peringkat antarabangsa ini dianjurkan oleh National Research Council of Thailand (NRCT) bersempena Thailand Inventors' Day 2020 yang berlangsung pada 2-6 Februari di Bangkok, Thailand.
Tajuk Inovasi: Augmented Reality (AR) in Teaching and Learning Accounting: Accounting Mazing
Inovator: Mas Rehan Binti Mahmudi, Nurul Fathiah Sufiah Binti Mohd Najhan & Puteri Nurhafizah Binti Sulaiman
Pencapaian: Anugerah Gangsa
Tajuk Inovasi: Augmented Reality for Tourist Guide in Teaching and Learning
Inovator: Noorazyla Binti Mohd Nasri, Shufiah Binti Mustapa, Noranira Binti Maamin & Safiza Binti Alfian Yusof
Pencapaian: Anugerah Gangsa
Semoga kejayaan di awal tahun 2020 ini dapat mendorong dan memotivasikan semua staf dan pelajar di PSIS untuk melaksanakan aktiviti penyelidikan dan menghasilkan inovasi produk dan idea/perkhidmatan khususnya di dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran ke arah melestari ekosistem penyelidikan dan inovasi.
TAHNIAH!
"PSIS: DESIGNING YOUR FUTURE"
"2020: PSIS TERUS JUARA"