PSIS JUARA iNOVATER
- Details
- Hits: 554
Buat julung kalinya Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) telah berjaya dinobatkan selaku Juara bagi kategori iNOVATER menerusi video 'best practices' amalan PdP yang menerapkan elemen teknologi bertajuk Penggunaan AR dan VR dalam Pembelajaran Rekabentuk Seni Bina.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada peserta berkumpulan bagi kategori terbuka ini yang diwakili oleh Puan Haspina Binti Sulaiman, Puan Nur Amisha Binti Danian, Puan Nur Shuhada Binti Hanapi, Encik Shahril Khairi Bin Abdul Shukor serta Encik Farizan Bin Saleh dari Jabatan Kejuruteraan Awam, PSIS.
Pertandingan ini dianjurkan oleh Bahagian Instruktional dan Pembelajaran Digital (BIPD) JPPKK serta majlis Penyampaian Anugerah bagi Pertandingan Inovasi Pembelajaran Digital Cidos Inspiring Learning Awards (eDOLA) kali ke-11 telah berlangsung pada 7 September 2023 bertempat di Dewan Al-Jazari, Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Semoga pencapaian yang membanggakan ini akan menyemarakkan lagi amalan kreatif dan inovatif dalam kaedah pembelajaran berteraskan teknologi digital di kalangan warga pendidik politeknik serta kolej komuniti khususnya di Politeknik Sultan Idris Shah.
=====================
Facebook | Instagram | Youtube : Politeknik Sultan Idris Shah
Twitter: @twtpsis
#2dekadmenggarapkecemerlangan
#PSISdesigningYourFuture
#psisdihati
#MYPremierDigitalTech