PERTANDINGAN FINALIST AWS DEEPRACER 2023
- Details
- Hits: 363
PSIS Roboteam telah berjaya mendapat Naib Johan (Psis Mechanismo) dan Tempat ke-5 (Psis Blitzvolt) untuk Pertandingan Finalist AWS Deepracer 2023 pada kejohanan yang berlangsung di Politeknik Shah Alam pada 6 September 2023 bersempena Majlis penutup Edola ke 11.
Kejohanan pada kali ini diwakili oleh 10 pelajar JKE dan 1 pelajar JTMK. Jumlah keseluruhan penyertaan adalah sebanyak 185 pasukan.
Ini adalah kali pertama kejohanan diadakan secara fizikal dan ini merupakan pencapaian terbaik PSIS Roboteam dalam arena AWS Deepracer yang memerlukan peserta melaksanakan Reinforcement Learning Model selama 60 jam. Setiap pasukan diberikan sebanyak 40 model untuk dilatih secara machine learning bagi mendapatkan catatan masa terbaik untuk ranking Leaderboard.
Pasukan PSIS Roboteam juga telah dijemput sebagai Pempamer Robotik sempena Majlis Penutupan Edola 2023 dan telah mempamerkan Robot yang telah beraksi di Jerman pada Kejohanan Dunia bulan Julai yang lalu.
Terima kasih atas sokongan Pengurusan Tertinggi PSIS ,KJKE,KJTMK , para pensyarah pengiring serta semua pelajar yang terlibat.
Tahniah PSIS!!