Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Nurul Sakinah Binti Abdul Samad Ang, Pelajar tahun 3 Diploma Kejuruteraan Awam (DKA) Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) yang telah mendapat tempat Ke-3 dalam pertandingan “2023 China-Asean Education Cooperation Week Skills Competition of TVET Institutions - Building Information Modelling (BIM)” yang dikendalikan oleh Unit Pengantarabangsaan PSIS di bawah program mobiliti pelajar.

Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Guizhou Polytechnic of Construction, China yang telah berlangsung pada 31 Ogos 2023 secara dalam talian dan telah disertai oleh 50 orang peserta daripada lima negara seperti China, Malaysia, Indonesia, Laos dan Bangladesh.

Semoga pencapaian ini menjadi sumber inspirasi kepada semua warga Politeknik Sultan Idris Shah untuk menjayakan Dasar Pengantarabangsaan Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia.

=====================

Facebook | Instagram | Youtube : Politeknik Sultan Idris Shah
Twitter: @twtpsis

#2dekadmenggarapkecemerlangan
#PSISdesigningYourFuture
#psisdihati
#MYPremierDigitalTech