𝐏𝐒𝐈𝐒 𝐉𝐔𝐀𝐑𝐀 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐔𝐑𝐔𝐇𝐀𝐍 𝟏𝟔𝐭𝐡 𝐅𝐈𝐑𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐂𝐔𝐏 2023 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐊𝐀𝐋𝐈 𝐊𝐄-𝟒

SEBERANG PERAI- PSIS Roboteam sekali lagi merangkul kejuaraan di 16th FIRA Malaysia Cup buat kali ke-4 yang berlangsung di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang, semalam.

Timbalan Pengarah Akademik PSIS, Nizam bin Mohd Nasir berkata kemenangan yang diperoleh ini menjadi satu kebanggaan buat seluruh warga Politeknik Sultan Idris Shah.

“Banyak cabaran-cabaran yang sukar terutama melibatkan jadual latihan, dan tempoh masa yang singkat namun syukurlah rezeki berpihak kepada kami.

“PSIS telah memperoleh 6 Emas 5 Perak 3 Gangsa dan sekali gus menjadikan PSIS juara bertahan FIRA Malaysia Cup 4 tahun berturut- turut, katanya lagi.

Majlis Perasmian Penutupan 16th Fira Malaysia Cup 2023 ini telah disempurnakan oleh Encik Mohd Noor bin Shahudin, Pengarah Kanan (Akademik) JPPKK.

Program anjuran Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) itu telah disertai 23 buah instituti Politeknik dan Kolej Komuniti.

𝐇𝐎𝐌𝐄 𝐎𝐅 𝐅𝐈𝐑𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐂𝐔𝐏 𝐂𝐇𝐀𝐌𝐏𝐈𝐎𝐍𝐒.
Jabatan Kejuruteraan Elektrik, PSIS
PSIS Roboteam