MAJLIS ANUGERAH SUKAN KOLEJ KOMUNITI 2019/2020
- Details
- Hits: 276
KUANTAN: 9 September 2020
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti dengan kerjasama Kolej Komuniti Negeri Pahang telah menganjurkan Majlis Anugerah Sukan Kolej Komuniti 2019/2020 bagi menghargai jasa atlet dan pegawai kolej komuniti serta pihak luar yang telah memberi sumbangan di dalam pembangunan dan pencapaian sukan Kolej Komuniti disemua peringkat sepanjang tahun 2019 dan 2020. Majlis telah diadakan di Kolej Komuniti Kuantan, Pahang dan dirasmikan oleh YB Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi.
Salah seorang Pelajar Politeknik Sultan Idris Shah iaitu Nur Anis Fatihah Binti Mohamed dari Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti yang mengambil jurusan Diploma In Food Service And Halal Practice telah dinobatkan sebagai Olahragawati pada malam tersebut. Beliau dicalonkan oleh pihak Kolej Komuniti Rompin, Pahang kerana telah menyertai beberapa kejohanan Silat bertaraf kebangsaan dan antarabangsa. Antara kejohanan yang disertai beliau:
1. Pingat Emas: Kejohanan Silat UITM Machang - Mac 2018 (Mewakili Kolej Komuniti Pahang)
2. Pingat Emas: Kejohanan Silat Terbuka Nusantara - April 2018 ( Mewakili Sukma Pahang )
3. Pingat Emas: Pemilihan Atlet Silat MASKOM - Oktober 2018
4. Pingat Gangsa: Kejohanan Silat Piala Timbalan Perdana Menteri - November 2018 (Mewakili Maskom)
5. Pingat Emas: Kejohanan Silat Jemputan Cekak Harimau Malaysia - Disember 2018 (Mewakili Kolej Komuniti Pahang)
6. Pingat Perak: Kejohanan Silat Terbuka Antarabangsa UKM - Januari 2019 (Mewakili Maskom)
Pihak Seksyen Pengurusan Sukan dan Ko-kurikulum, Politeknik Sultan Idris Shah mengambil kesempatan mengucapkan sekalung penghargaan dan tahniah kepada Nur Anis Fatihah Binti Mohamed atas penganugerahan Olahragawati Majlis Anugerah Sukan Kolej Komuniti Malaysia 2019/2020, semoga menjadi pemangkin semangat kepada atlet di politeknik ini.