KEJAYAAN TERCIPTA DALAM PENDEMIK COVID-19 MENERUSI SUKAN ESPORTS - POLYCC CYBER ATHLETE CHALLENGE (CAC’21)
- Details
- Hits: 274
KEJAYAAN TERCIPTA DALAM PENDEMIK COVID-19 MENERUSI SUKAN ESPORTS - POLYCC CYBER ATHLETE CHALLENGE (CAC’21)
Kejohanan POLYCC Cyber Athlete Challenge CAC’21 telah melabuhkan tirainya semalam yang berlangsung selama lapan (8) hari bermula 31 Mei sehingga 7 Jun 2021. Kejohanan yang julung kalinya dilaksanakan anjuran Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti ini dengan kerjasama Majlis Sukan Politeknik (MSP) dan Majlis Sukan Kolej Komuniti (MASKOM) telah berjaya mengumpulkan sebanyak 2,186 peserta melibatkan 27 Politeknik dan 44 Kolej Komuniti di seluruh Malaysia.
Politeknik Sultan Idris Shah menghantar sebanyak tujuh (7) pasukan yang melibatkan 35 orang pelajar dalam tiga (3) kategori kejohanan di mana bagi kategori Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) 4 pasukan, Player Unknown’s Battle Grounds Mobile (PUBGM) 2 pasukan dan League of Legends: Wild Rift (LOLWR) 1 pasukan. Saingan yang sengit telah diberikan oleh kesemua pelajar yang mewakili politeknik ini dalam kejohanan tersebut sehingga 4 daripada pasukan ini layak ke peringkat separuh akhir.
Melalui wakil tunggal dalam permainan League of Legends (LOLWR) keputusan menunjukkan Pasukan XPIXONIC telah berjaya mendapat tempat ketiga keseluruhannya dengan membawa hadiah kemenangan berupa wang tunai sebanyak RM 500 beserta medal dan sijil penghargaan. Saingan diteruskan lagi dalam permainan Mobile Legends (MLBB) sehingga ke peringkat akhir di mana Pasukan Rusuh PSIS menentang Pasukan Chocoweh X PTSB yang akhirnya pasukan RUSUH PSIS sekadar berjaya di tempat kedua keseluruhannya dengan membawa hadiah kemenangan berupa wang tunai sebanyak RM1,000 beserta medal dan sijil penghargaan.
Majlis penutup kejohanan ini telah disempurnakan oleh TS. Zainab Bin Ahmad selaku Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia secara dalam atas talian. Semangat juang yang ditunjukkan oleh kesemua peserta Politeknik Sultan Idris Shah dalam suasana Pendemik Covid-19 ini wajar diberi pujian kerana telah berjaya mengharumkan nama PSIS setanding dengan Politeknik lain dalam melakar nama menerusi bidang Sukan Esports.
KEPUTUSAN PENUH KEJOHANAN:
Mobile Legends Bang Bang (MLBB) Tempat Kedua Keseluruhannya Pasukan RUSUH PSIS
1. MUHAMMAD FAIZ BIN RAZALI (17DEP18F1066)
2. AMIRRUL FAZLAN BIN ROSLAN (17DEP17F1035)
3. MUHAMMAD AMIRUL AIMAN BIN ROSLI (17DEP18F1081)
4. MUHAMMAD KHAIRUL FAIZ BIN KHAIRUDDIN (17DDT18F1073)
5. MUHAMMAD NAZRIN HAIKAL BIN NOOR FAIZAL HISMA (17DEP18F1022)
6. MUHAMMAD AKMAL BIN ROZALI (17DTK17F1091)
League of Legends Wild Rift (LOLWR) Tempat Ketiga Keseluruhannya Pasukan XPIXONIC PSIS
1. MUHAMMAD SYAHMI DANIEL BIN SHIRMI (17DDT19F1004)
2. MUHAMMAD SYARIFUL HISHAM BIN SHIEKY (17DDT19F1062)
3. MUHAMMAD EZWAD BIN HASSAN (17DHF19F2999)
4. MUHAMMAD DANIAL FITRI BIN ABD RAOFF (17DDT19F1991)
5. MUHAMMAD FIKRI BIN A RAHMAN (17DDT19F1097)
6. HAZIM AZFAR BIN RASHID (17DDT19F1100)
Disediakan oleh:
Shahrul Izwan Bin Mat Sharif & Hasrulhisham Bin Suhaimi
Pegawai Belia & Sukan
Politeknik Sultan Idris Shah