Seramai 21 peserta bersama seorang jurulatih dan Pegawai Pengiringdari Politeknik Sultan Idris Shah telah menyertai Kejohanan Putrajaya Taekwon-Do Challenge 2019 yang diadakan pada 12 dan 13 Oktober 2019 di Institut Penilaian Negara (INSPEN), Bangi, Selangor.

Program yang merupakan ikonik bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya ini merupakan anjuran bersama Persatuan Taekwondo Wilayah Persekutuan Putrajaya, Jabatan Belia Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Kejohanan ini telah disertai oleh 50 kontinjen termasuk dari negera China dan Sudan yang melibatkan 786 orang peserta secara keseluruhannya.

Dengan membawa misi "Gangsa Dalam Tangan, Emas Kita Cari" serta berkat dengan tunjuk ajar dan bimbingan jurulatih Encik Azwan pasukan PSIS telah berjaya membawa pulang 9 Pingat Emas, 3 Pingat Perak dan 12 Pingat Gangsa berbanding kejohanan PTC 2018 yang lepas iaitu 5 Emas, 8 Perak dan 11 Gangsa.

Tahniah diucapkan kepada Kontinjen PSIS.?

#DesigningYourFuture