PSIS RAIH PENGIKTIRAFAN MEDALLION FOR EXCELLENCE DI MAJLIS ANUGERAH TANGAN EMAS PERDANA MENTERI (MATEPM) 2026
- Details
- Hits: 9

𝐏𝐒𝐈𝐒 𝐑𝐀𝐈𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐈𝐊𝐓𝐈𝐑𝐀𝐅𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐀𝐋𝐋𝐈𝐎𝐍 𝐅𝐎𝐑 𝐄𝐗𝐂𝐄𝐋𝐋𝐄𝐍𝐂𝐄 𝐃𝐈 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 (𝐌𝐀𝐓𝐄𝐏𝐌) 𝟐𝟎𝟐𝟔
Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) terus melakar kejayaan apabila Muhammad Alif Afham bin Hasaruddin daripada Jabatan Kejuruteraan Elektrik berjaya meraih pengiktirafan Medallion for Excellence dalam Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri (MATEPM) 2026.
Pengiktirafan tersebut merupakan hasil penyertaan beliau dalam Pertandingan Akhir WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) bagi bidang Elektronik yang berlangsung pada 6 hingga 11 Jun 2026. Beliau turut menerima wang saguhati sebanyak RM500 atas pencapaian tersebut.
Dalam pertandingan akhir bidang Elektronik, seramai lapan orang peserta telah mengambil bahagian yang terdiri daripada wakil Malaysian-Japan Industrial Institute (MJII), PSIS, Kolej Vokasional, Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) dan GIATMARA.
Majlis MATEPM 2026 yang berlangsung di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Melaka telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan dan kecemerlangan warga kemahiran dalam memperkasa bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara.
Tahniah diucapkan kepada Muhammad Alif Afham atas kejayaan yang diraih.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis

