width=
𝐓𝐄𝐀𝐌 𝐏𝐒𝐈𝐒 𝐑𝐀𝐈𝐇 𝐃𝐔𝐀 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐃𝐈 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐑𝐍𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐆𝐋𝐎𝐁𝐀𝐋𝐏𝐑𝐄𝐍𝐄𝐔𝐑 𝐄𝐗𝐂𝐇𝐀𝐍𝐆𝐄 (𝐆𝐄𝐗) 𝐏𝐎𝐋𝐘𝐂𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟔
PUTRAJAYA, KPT, 13 Oktober 2026 – Pasukan Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) terus mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya meraih dua anugerah menerusi pertandingan International Globalpreneur Exchange (GEX) 2026 POLYCC–Siam University, Bangkok Thailand di Fasa 3 yang berlangsung di Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Putrajaya, hari ini.
PSIS berjaya memperoleh Best Financial Viability Award dan Bronze Medal Award menerusi inovasi produk, Noire Essence iaitu produk aromatheraphy berasaskan ekstrak bunga campuran yang menghasilkan perfume balm stick untuk kesihatan diri dan menyegarkan pemikiran (release stress & calming).
Kejayaan tersebut diraih oleh dua orang pelajar PSIS, iaitu Wan Athira Farhana Wan Hakimin (DSK) dan Nur Ellyana Sophea Khairul Hisham (DSK). Pasukan ini telah dibimbing oleh Mentor Pasukan iaitu Sir Haziri Husain, selaku mentor pertandingan, serta usaha dan dorongan daripada Ketua Unit Keusahawanan PSIS, Pn. Rokiah Ahmad Sudan.
Pencapaian ini mencerminkan keupayaan pelajar PSIS dalam menghasilkan inovasi produk yang kreatif dan berpotensi untuk dikomersialkan, selaras dengan usaha untuk memperkukuhkan budaya inovasi serta keusahawanan dalam kalangan pelajar TVET.
Fasa ke-2 telah berjaya dilalui oleh pasukan PSIS iaitu pada 8-11 September 2026 yang lalu di Siam University, Bangkok Thailand.
Seluruh warga Politeknik Sultan Idris Shah mengucapkan tahniah kepada kedua-dua pelajar serta mentor atas pencapaian cemerlang ini. Semoga kejayaan tersebut menjadi pemangkin kepada pencapaian yang lebih gemilang dalam bidang inovasi dan keusahawanan pada masa hadapan.
The Great PSIS terus melangkah maju, inovasi keusahawanan pelajar. Fly High.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis