π€ PSIS MENGGAMIT KEJAYAAN DI RASA MIC CHALLENGE 80'S @POP YEH YEH πΆπ
- Details
- Hits: 4

BAGAN DATUK, 10 OKTOBER 2026 β Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) telah menyertai Pertandingan RASA MIC Challenge 80βs @ Pop Yeh Yeh yang berlangsung di Pentas Utama RASA Bagan Datuk 2026 dengan penyertaan seorang pensyarah dan lima orang pelajar PSIS.
RASA Bagan Datuk 2026 merupakan sambutan selama dua hari yang penuh warna-warni warisan, budaya dan semangat komuniti, bersempena dengan Visit Malaysia 2026. Pelbagai aktiviti menarik dianjurkan bagi memeriahkan suasana, sekali gus meraikan keunikan seni, budaya dan warisan tempatan.
Pertandingan yang mengetengahkan lagu-lagu berkonsepkan era 80-an ini menyaksikan PSIS mencipta kejayaan membanggakan apabila Pn. Aziah Thalaha berjaya merangkul Johan, manakala Umar Hamdan Mohd Khusyairi memperoleh Naib Johan daripada keseluruhan 15 orang peserta.
Selain pertandingan nyanyian, program ini turut dimeriahkan dengan aktiviti cabutan bertuah serta promosi teater Hikayat Dewa Mahkota Bangsawan Diraja Pertama Nusantara Beting Beras Basah yang bakal dipentaskan di Istana Budaya.
Lebih membanggakan, PSIS turut berjaya membawa pulang empat tiket persembahan teater di Istana Budaya menerusi aktiviti yang dianjurkan.
Penyertaan ini bukan sahaja menjadi platform untuk mencungkil bakat dan meningkatkan keyakinan diri warga PSIS, malah turut membuka peluang kepada pensyarah dan pelajar untuk mengembangkan potensi dalam bidang seni dan kebudayaan. Penglibatan ini juga mencerminkan komitmen PSIS dalam menyokong usaha memartabatkan seni, budaya dan warisan negara, selaras dengan aspirasi Visit Malaysia 2026.
Tahniah kepada semua peserta PSIS atas pencapaian yang membanggakan! Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak pencapaian dalam bidang seni, budaya dan kokurikulum pada masa akan datang.
THE GREAT PSIS!!!
β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦β¦..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis

