PSIS KE PERINGKAT AKHIR 2026 WORLD VOCATIONAL COLLEGE SKILLS COMPETITION - ARTIFICIAL INTELLIGENCE
- Details
- Hits: 9

𝐏𝐒𝐈𝐒 𝐊𝐄 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐖𝐎𝐑𝐋𝐃 𝐕𝐎𝐂𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐂𝐎𝐋𝐋𝐄𝐆𝐄 𝐒𝐊𝐈𝐋𝐋𝐒 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐄𝐓𝐈𝐓𝐈𝐎𝐍 – 𝐀𝐑𝐓𝐈𝐅𝐈𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐋𝐋𝐈𝐆𝐄𝐍𝐂𝐄
Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) melakar satu lagi pencapaian membanggakan apabila seorang pegawai bersama tiga orang pelajar PSIS terpilih ke peringkat akhir 2026 World Vocational College Skills Competition – Artificial Intelligence Competition yang akan berlangsung di Tianjin, China.
Pasukan PSIS mempertandingkan projek “Lunqing Intelligent Control – AI-Powered Digital & Intelligent Management System for Tire Production Lines”, yang mengetengahkan aplikasi kecerdasan buatan (AI) dalam pengurusan digital dan pintar bagi barisan pengeluaran tayar.
Pasukan PSIS yang akan membawa cabaran ke pertandingan tersebut terdiri daripada:
Pasukan ini akan berada di Tianjin, China pada 4 hingga 13 Oktober 2026 bagi mengikuti sesi latihan serta menyertai pertandingan akhir yang dijadualkan pada 10 dan 11 Oktober 2026.
Pengarah dan seluruh warga PSIS mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan PSIS. Semoga segala usaha, latihan dan persediaan yang dilaksanakan membuahkan hasil serta mengharumkan nama Politeknik Sultan Idris Shah di persada antarabangsa. 


Ayuh kita doakan kejayaan pasukan PSIS! 

THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis

