width=
𝐏𝐒𝐈𝐒 𝐑𝐀𝐍𝐆𝐊𝐔𝐋 𝟕 𝐆𝐎𝐋𝐃 𝐀𝐖𝐀𝐑𝐃 𝐂𝐎𝐓, 𝟐 𝐒𝐓𝐀𝐑 𝐑𝐀𝐓𝐈𝐍𝐆
JITRA, 17 September 2026 – Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) terus melakar pencapaian membanggakan menerusi Centre of Environmental Technology (CENTA) yang berjaya meraih Gold Award bagi COT 2 Star Rating Tahun 2025 dalam tujuh elemen pencapaian sempena POLYCC Industry Education Centre (IEC) 2026.
Pencapaian tersebut melibatkan tujuh elemen iaitu:
🔹 Collaboration
🔹 Research and Innovation
🔹 Expert Services
🔹 Recognition
🔹 Teaching and Learning
🔹 Publication
🔹 Income Generation
Lebih membanggakan, CENTA PSIS turut dinobatkan sebagai penerima Anugerah Elemen Terbaik (COT 2 Star Rating) bagi elemen Collaboration, sekali gus mengiktiraf usaha berterusan CENTA dalam memperkukuh jaringan kerjasama dan kolaborasi bersama pihak industri serta pemegang taruh.
Pencapaian ini mencerminkan komitmen PSIS dalam memperkasa peranan Centre of Technology (COT) sebagai pemangkin kolaborasi pendidikan dan industri, di samping menyokong pembangunan kepakaran, inovasi serta kompetensi bakat TVET yang relevan dengan keperluan industri.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Centre of Environmental Technology (CENTA), PSIS atas pencapaian yang membanggakan ini! 👏🏻🏆
Pengarah dan seluruh warga PSIS merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat atas usaha, komitmen dan kerjasama yang telah menyumbang kepada kejayaan ini.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis