width=
𝐆𝐄𝐌𝐀 𝐌𝐔𝐒𝐓𝐈𝐊𝐀 𝐏𝐒𝐈𝐒 𝐂𝐈𝐏𝐓𝐀 𝐊𝐄𝐉𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐅𝐄𝐒𝐓𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐊𝐄𝐁𝐔𝐃𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 & 𝐖𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐋𝐘𝐂𝐂 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔
MERSING, JOHOR -Tahniah dan syabas diucapkan kepada Gema Mustika, Unit Kebudayaan Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) atas kejayaan membanggakan dalam Festival Kebudayaan & Warisan Politeknik & Kolej Komuniti Malaysia 2026 yang berlangsung di Politeknik Mersing, Johor.
Festival yang melibatkan penyertaan 19 Politeknik dan 8 Kolej Komuniti ini menjadi medan kepada warga POLYCC untuk menyerlahkan bakat, kreativiti serta keunikan seni dan warisan budaya.
Dalam festival kali ini, Gema Mustika PSIS telah menyertai empat kategori pertandingan, iaitu:
💃 Pertandingan Tarian Rampaian Melayu Kreatif
🏖️ Pertandingan Arca Pasir
🪁 Pertandingan Layang-Layang Rokkaku Hiasan
🪁 Pertandingan Layang-Layang Laga
Lebih membanggakan, Gema Mustika PSIS berjaya membawa pulang empat pengiktirafan,iaitu:
🥇 JOHAN – Pertandingan Arca Pasir
🏅 ANUGERAH ARTIS HARAPAN – Pertandingan Arca Pasir
Syed Putera Al Habshi bin Sayed Ja'afar
🏅 ANUGERAH BINAAN REALISTIK – Pertandingan Arca Pasir
🥉 TEMPAT KETIGA – Pertandingan Layang-Layang Rokkaku Hiasan
Kejayaan ini membuktikan komitmen dan kreativiti warga PSIS dalam mengangkat seni, budaya dan warisan, di samping menyerlahkan bakat anak-anak PSIS di peringkat POLYCC Malaysia.
Syabas dan tahniah Gema Mustika!👏🏻✨
Terus mengharumkan nama Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS)dan mencipta lebih banyak kejayaan pada masa akan datang!
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis