width=
𝐏𝐒𝐈𝐒 𝐑𝐀𝐍𝐆𝐊𝐔𝐋 𝐉𝐔𝐀𝐑𝐀 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐔𝐑𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐢-𝐇𝐄𝐒𝐄𝐆𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟔
Pahang, 4 Ogos 2026 - Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) sekali lagi melakar kejayaan membanggakan di Pertandingan i-HESEGC 2026 (International Highest Early Strength Eco-Green Concrete Cube Competition) yang telah berlangsung pada 3–4 Ogos 2026 di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang.
Bertemakan "Eco-Green Challenge: Where Strength Meets Sustainability", pertandingan bertaraf antarabangsa ini menjadi platform untuk menguji kepakaran peserta dalam mereka bentuk konkrit hijau (eco-green) yang bukan sahaja mesra alam, malah mampu mencapai kekuatan awal (highest early strength) yang tinggi.
Seramai 30 pasukan telah menyertai pertandingan ini yang melibatkan institusi seperti Politeknik & Kolej Komuniti Malaysia, UTHM, UiTM, TVET MARA, Kolej Vokasional, Universitas Muhammadiyah Yogyakarta, Polytechnic State of Padang, Kolej Poly-Tech MARA dan Monash University Malaysia.
🏆 KEJAYAAN PSIS
🥇 1st Place Award – Team SilderDix
En. Mohd Zainuddin bin Jenal
En. Noorhadi bin Jailani
Aimie Saffuan bin Mohd Saher
Muhammad Hendryyan bin Hendra
Ahmad Danny Chua
⭐ Special Award – Team The Great PSIS
Pn. Herliana binti Hassan
Pn. Rahayu binti Hayat
Wan Muhammad Nabil Ikhwan bin Wan Amri
Mohamad Athari Aiman bin Mohd. Fariz Ezmir
Adam Harris bin Hairulazhar
🎖️ Lebih membanggakan, Team SilderDix berjaya mencatat kekuatan awal konkrit (Highest Early Strength) tertinggi daripada keseluruhan 30 pasukan yang bertanding, sekali gus dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan (1st Place Award).
Kejayaan ini membuktikan keupayaan Jabatan Kejuruteraan Awam PSIS dalam mengaplikasikan pengetahuan, inovasi dan penyelidikan dalam menghasilkan konkrit berprestasi tinggi yang menyokong agenda pembinaan lestari.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua ahli pasukan, pensyarah pembimbing serta semua pihak yang telah memberikan sokongan dan komitmen sepanjang persediaan pertandingan.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus mencipta kecemerlangan dalam bidang kejuruteraan awam, penyelidikan dan inovasi.
"Together We Build Excellence, Together We Shape a Sustainable Future." 💚🧱
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis