PELAJAR PSIS CIPTA KEJAYAAN, MUNCUL JUARA KEJOHANAN MLBB PROGRAM UNITY MERDEKA PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR 2026
- Details
- Hits: 22

𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐏𝐒𝐈𝐒 𝐂𝐈𝐏𝐓𝐀 𝐊𝐄𝐉𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍, 𝐌𝐔𝐍𝐂𝐔𝐋 𝐉𝐔𝐀𝐑𝐀 𝐊𝐄𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐌𝐋𝐁𝐁 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐔𝐍𝐈𝐓𝐘 𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐖𝐈𝐋𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔
KUALA LUMPUR — Muhammad Izdiad bin Mohd Zhafran Athari, pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) membanggakan warga institusi apabila berjaya merangkul gelaran Juara dalam Kejohanan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Unity Merdeka Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur .
Kejohanan yang diadakan pada 17 sehingga 19 julai 2026 bertempat di Dataran Medeka Kuala Lumpur menyaksikan penyertaan sengit daripada 110 pelbagai pasukan belia dan institusi pengajian tinggi itu berlangsung penuh mendebarkan. Pasukan bernama Arkedmy menampilkan penguasaan strategi yang mantap serta kerjasama pasukan yang berdisiplin sepanjang saingan peringkat kumpulan hingga ke pentas akhir.
Majlis Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Shaharuddin bin Abu Sohot, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) diiringi oleh YBhg. Datuk Fadil Marsus, Ketua Polis Kuala Lumpur . Juara membawa wang tunai kejohanan berjumlah RM2,000.00.
The Great PSIS!!!

