PASUKAN BOLA TAMPAR POLITEKNIK MALAYSIA JUARA KEJOHANAN BOLA TAMPAR INTERVASITY 2026
- Details
- Hits: 16

𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐎𝐋𝐀 𝐓𝐀𝐌𝐏𝐀𝐑 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐉𝐔𝐀𝐑𝐀 𝐊𝐄𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐎𝐋𝐀 𝐓𝐀𝐌𝐏𝐀𝐑 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐑𝐕𝐀𝐒𝐈𝐓𝐘 𝟐𝟎𝟐𝟔
Pasukan Bola Tampar Politeknik Malaysia berjaya merangkul Johan bagi Kejohanan Bola Tampar Intervarsity 2026 yang berlangsung dari 18 hingga 19 Julai 2026 di SPORTS ARENA@UNITEN Bangi, Selangor.
Ketua Pasukan Bola Tampar Politeknik Malaysia Muhammad Amar Shafiq bin Mohd Khalid iaitu pelajar Diploma Perkhidmatan Makanan Halal, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) berjaya memimpin selaku Ketua Pasukan Bola Tampar Politeknik Malaysia berjaya membawa balik wang tunai berjumlah RM1,500.00 manakala pasukan UiTM dan TARUMT berjaya mendapat tempat kedua dan ketiga.
Kejohanan ini adalah merupakan persediaan sebelum Pasukan Politeknik Malaysia menghadapi Kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) yang akan berlangsung di Lembah Klang pada 28 Ogos hingga 6 September 2026.
Kekalkan momentum kecemerlangan hingga SUKIPT 2026
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis

