PSISROBOTEAM SUMBANG PINGAT GANGSA KEDUA BUAT POLYCC DI PENTAS DUNIA
- Details
- Hits: 21

𝐏𝐒𝐈𝐒𝐑𝐎𝐁𝐎𝐓𝐄𝐀𝐌 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐈𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐆𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐊𝐄𝐃𝐔𝐀 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐏𝐎𝐋𝐘𝐂𝐂 𝐃𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐓𝐀𝐒 𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀
ONTARIO, 19 Julai 2026 – Pasukan PolyCC Malaysia sekali lagi mengharumkan nama negara apabila berjaya meraih Pingat Gangsa dalam kategori Hurocup Pro (Hybrid) pada hari ketiga kejohanan, sekali gus menempatkan pasukan dalam kelompok tiga terbaik dunia.
Kejayaan tersebut turut disumbangkan oleh PSIS Roboteam menerusi dua pelajar, Muhammad Adib bin Mohd Suhaizan (Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi) dan Muhammad Faris Irfan bin Mohd Rizal (Jabatan Kejuruteraan Elektrik), di bawah bimbingan jurulatih Mohd Farhan'Uzair bin Paisan.
Kategori Hurocup Pro (Hybrid) merupakan gabungan markah daripada lima cabaran iaitu Balance Beam, Secret Mission, Uneven Terrain, Rock Climbing dan United Soccer. Pasukan PolyCC Malaysia mempamerkan aksi cemerlang sepanjang dua pusingan pertandingan dengan memberikan saingan sengit kepada pasukan-pasukan dari Taiwan, Kanada dan Uruguay.
Robot OP2 (Open Platform Gen 2) digunakan sepanjang pertandingan dan berjaya membantu pasukan mencapai keputusan membanggakan dalam kategori berprestij tersebut.
Setakat hari ketiga pertandingan, PSIS Roboteam telah berjaya menyumbang dua pingat gangsa, sekali gus membuktikan keupayaan dan kecemerlangan bakat TVET negara di pentas antarabangsa.
Tahniah diucapkan kepada seluruh kontinjen PolyCC Malaysia, khususnya PSIS Roboteam, atas pencapaian yang membanggakan dan terus mengharumkan nama Malaysia di persada dunia. Hadir sama meraikan kemenangan, Dr. Shamsuri bin Abdullah, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis

