PSIS CIPTA SEJARAH ! PERTAHAN GELARAN JUARA MENEMBAK TIGA TAHUN BERTURUT TURUT, RAIH NAIB JUARA KESELURUHAN MALPTAAC SIRI 17/2026
- Details
- Hits: 47

𝐏𝐒𝐈𝐒 𝐂𝐈𝐏𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐑𝐀𝐇
𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐆𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐉𝐔𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐄𝐌𝐁𝐀𝐊 𝐓𝐈𝐆𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐔𝐑𝐔𝐓-𝐓𝐔𝐑𝐔𝐓, 𝐑𝐀𝐈𝐇 𝐍𝐀𝐈𝐁 𝐉𝐔𝐀𝐑𝐀 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐔𝐑𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐏𝐓𝐀𝐀𝐂 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏𝟕/𝟐𝟎𝟐𝟔
IPOH, 15 Jun 2026- Malaysian Polytechnic Territorial Army Annual Camp (MALPTAAC) Siri 17/2026 yang berlangsung selama 1 Jun hingga 15 Jun 2026 di Politeknik Ungku Omar (PUO) telah melabuhkan tirainya dengan menyaksikan Politeknik Ungku Omar muncul sebagai juara keseluruhan, manakala Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) berjaya merangkul gelaran naib juara keseluruhan dan Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) di tempat ketiga.
Kontinjen PSIS turut mencatatkan prestasi yang amat membanggakan apabila dinobatkan sebagai Juara Menembak Keseluruhan, selain meraih Johan Menembak Piring Lelaki, Johan Menembak Piring Wanita serta tempat ketiga bagi acara Merentas Halangan. Lebih membanggakan, kejayaan ini menyaksikan PSIS berjaya mempertahankan gelaran Johan Menembak Keseluruhan selama tiga tahun berturut-turut, sekali gus membuktikan konsistensi, kemahiran dan semangat juang yang tinggi dalam kalangan anggota pasukan.
Kejayaan yang diraih merupakan hasil usaha gigih, disiplin yang tinggi serta semangat kerjasama yang utuh antara peserta, pegawai dan jurulatih sepanjang kem latihan dan pertandingan berlangsung. Pencapaian ini turut didorong oleh sokongan padu dan komitmen berterusan daripada pengurusan tertinggi Politeknik Sultan Idris Shah, yang sentiasa memberikan galakan, kepercayaan dan kemudahan kepada kontinjen untuk mencapai prestasi terbaik.
Penghargaan yang tidak terhingga juga dirakamkan kepada Rejimen 502 Askar Wataniah atas bimbingan, kerjasama strategik serta sokongan profesional yang diberikan dalam membentuk sahsiah, disiplin dan kompetensi anggota pasukan. Sinergi erat antara PSIS dan Rejimen 502 Askar Wataniah menjadi pemangkin kepada kejayaan yang dicapai pada penganjuran MALPTAAC Siri 17/2026.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh kontinjen PSIS atas pencapaian yang membanggakan ini. Semoga kejayaan yang diraih menjadi inspirasi untuk terus melakar kecemerlangan dan mengharumkan nama PSIS pada edisi MALPTAAC yang akan datang.
TAHNIAH TEAM PSIS 
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis

