TAHNIAH PSIS ROBOTEAM, TERUS BERJUANG DI FIRA 2027
- Details
- Hits: 42

𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐏𝐒𝐈𝐒 𝐑𝐎𝐁𝐎𝐓𝐄𝐀𝐌, 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 𝐁𝐄𝐑𝐉𝐔𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈 𝐅𝐈𝐑𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟕
KOTA BHARU- Tahniah buat PSIS Roboteam atas semangat juang yang tinggi! Walaupun sasaran untuk mengekalkan kejuaraan buat kali ke-7 tidak tercapai dalam kejohanan 19th FIRA Malaysia Cup 2026 yang berlangsung di Politeknik Kota Bharu, baru-baru ini.
Walau bagaimanapun, pasukan berjaya meraih 8 pingat keseluruhan, termasuk 3 pingat emas dan 5 pingat gangsa dalam pelbagai kategori yang dipertandingkan.
Antara kejayaan yang dicatatkan ialah 3 pingat emas menerusi kategori Hurocup Archery, Hurocup Triple Jump dan Hurocup Sprint, manakala 5 pingat gangsa diperoleh dalam kategori Hurocup Basketball, Hurocup Hybrid, Business & Innovation, Aibot (Voice Command) serta Simurosot (Urban).
Bagi penilaian kedudukan keseluruhan kejohanan pula, hanya 4 pingat gangsa diambil kira kerana bagi kategori Hurocup, hanya pencapaian Bronze Hybrid dikira dalam pengumpulan pingat rasmi kejohanan.
Meskipun tidak berjaya mempertahankan takhta kejuaraan tahun ini, semangat juang dan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh pasukan sepanjang pertandingan berlangsung. Pencapaian ini menjadi bukti bahawa PSIS Roboteam terus kekal sebagai antara pasukan robotik yang kompetitif di peringkat kebangsaan.
Seluruh warga PSIS mengucapkan tahniah kepada pasukan, jurulatih dan semua pihak yang terlibat. Semoga pengalaman yang diperoleh menjadi pemangkin untuk kembali lebih kuat dan mencipta kejayaan yang lebih gemilang pada edisi akan datang.
Come back stronger 
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis

