PELAJAR PSIS RANGKUL NAIB JUARA KATEGORI SOLO TVET IDOL, BAWA PULANG RM 2000
- Details
- Hits: 37

𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐏𝐒𝐈𝐒 𝐑𝐀𝐍𝐆𝐊𝐔𝐋 𝐍𝐀𝐈𝐁 𝐉𝐔𝐀𝐑𝐀 𝐊𝐀𝐓𝐄𝐆𝐎𝐑𝐈 𝐒𝐎𝐋𝐎 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐈𝐃𝐎𝐋, 𝐁𝐀𝐖𝐀 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐑𝐌𝟐𝟎𝟎𝟎
PUTRAJAYA, 7 Jun 2026- Pelajar Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Umar Hamdan, melakar pencapaian membanggakan apabila berjaya merangkul gelaran Naib Juara bagi Kategori Solo TVET IDOL sempena sambutan Hari TVET Negara yang berlangsung di Dataran Putrajaya,pagi tadi.
Umar Hamdan yang merupakan pelajar daripada Jabatan Kejuruteraan Elektrik PSIS, membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM2,000.00 atas keberhasilan dan persembahan cemerlang beliau sepanjang pertandingan tersebut.
Sesi penyampaian hadiah dan replika cek telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBrs . Encik Ahmad Rizal bin Adnan.Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengarah PSIS, Puan Haslinda Abd Hamid, bersama barisan pegawai kanan politeknik.
Kejayaan ini menjadi bukti bahawa mahasiswa TVET hari ini bukan sahaja hebat dari segi kemahiran praktikal, malah turut memiliki bakat seni dan kreativiti.
Seluruh warga PSIS merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Umar Hamdan dan Jabatan Sukan,Kebudayaan dan Kokurikulim (JSKK), PSIS atas kejayaan ini.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis

