🌟 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐉𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐓𝐀𝐒 𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑🌟
Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada wakil Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) atas pencapaian cemerlang dalam Pusingan Akhir Tilawah Al-Quran POLYCC Kebangsaan yang telah berlangsung di Politeknik Banting Selangor pada 24 Februari 2026.
🧑‍🎓 Qari:
*Muhammad Haikal bin Abdul Halim* (FTV2A)
🏅 *Saguhati* Kategori Qari
🧑‍🎓 Qariah:
Anis Sofea binti Saupi* (DHF4A)
🥇 *JOHAN* Kategori Qariah
Kejayaan ini merupakan satu kebanggaan besar buat seluruh warga PSIS. Semoga pencapaian gemilang ini menjadi inspirasi kepada rakan-rakan pelajar untuk terus cemerlang bukan sahaja dalam akademik, malah dalam penghayatan dan penguasaan Al-Quran.
Syabas dan tahniah di atas usaha, komitmen dan kesungguhan yang telah dipamerkan.🎉
Terus melakar kejayaan dan mengharumkan nama PSIS di persada kebangsaan! 🤲✨
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis