𝐊𝐄𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐋𝐀𝐓 𝐖𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐓𝐎’ 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐑𝐀𝐉𝐀𝐋𝐄𝐋𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔
Seri Iskandar, 15 Februari 2026 – Kontinjen Petarung Silat Olahraga Pasukan Silat Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) melakar pencapaian membanggakan dalam penyertaan julung-julung kali di Kejohanan Silat Warisan Dato’ Maharajalela yang berlangsung pada 12 hingga 15 Februari 2026 di Universiti Teknologi PETRONAS, Seri Iskandar, Perak.
Dalam kejohanan tersebut, kontinjen PSIS berjaya mengutip satu (1) pingat emas dan tiga (3) pingat gangsa menerusi kategori yang dipertandingkan.
Pingat emas telah disumbangkan oleh Roshahfiqah binti Jupri (17DSK25F2010 – JP) dalam Kategori Seni Tunggal Puteri.
Sementara itu, tiga pingat gangsa masing-masing diraih oleh:
Danish Hakimi bin Mohd Suffian (17DIF24F1054 – JP) bagi Kategori Seni Tunggal Putra
Annatashia Sabatina binti Ismail (17DIF25F1033 – JP) bagi Kategori Silat Olahraga Puteri
Muhammad Alif Iqmal bin Mohd Anuar (17DHF24F2093 – JPH) bagi Kategori Silat Olahraga Lelaki
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada seluruh pasukan Silat PSIS serta jurulatih, En. Ashfi bin Suhadak atas dedikasi dan usaha berterusan dalam memastikan kecemerlangan pasukan.
Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin semangat untuk terus melakar kejayaan pada ke tahap yang lebih gemilang.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis