PELAJAR PSIS DINOBATKAN JUARA KEJOHANAN MLBB KEBANGSAAN NADI E-SPORT 2026
- Details
- Hits: 76

𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐏𝐒𝐈𝐒 𝐃𝐈𝐍𝐎𝐁𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐉𝐔𝐀𝐑𝐀 𝐊𝐄𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐌𝐋𝐁𝐁 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐃𝐈 𝐄-𝐒𝐏𝐎𝐑𝐓 𝟐𝟎𝟐𝟔
Sungai Petani, 08 Februari 2026- Muhammad Izdiad bin Mohd Zhafran Athari, pelajar dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik, telah mengharumkan nama Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) apabila mewakili pasukan Nadi E-Sports Negeri Kedah dan dinobatkan sebagai Juara Kejohanan MLBB Kebangsaan Nadi E-Sports 2026.
Kejohanan berprestij tersebut dianjurkan oleh Pusat Sebaran Maklumat Nasional dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Malaysia E-Sports Federation (MESF). Ia telah berlangsung pada 7 dan 8 Februari 2026 bertempat di Pusat Sebaran Maklumat Nasional, Sungai Petani, Kedah.
Sebanyak 14 pasukan yang mewakili negeri masing-masing telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Pasukan juara berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM5,000.00.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Muhammad Izdiad atas pencapaian membanggakan ini.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis

