60-𝑺𝑬𝑪𝑶𝑵𝑫 𝑪𝑨𝑹𝑬𝑬𝑹 𝑷𝑰𝑻𝑪𝑯 𝑪𝑶𝑴𝑷𝑬𝑻𝑰𝑻𝑰𝑶𝑵
Bagaimana anda memperkenalkan diri dalam masa hanya 60 saat? Inilah cabaran yang dihadapi oleh para pelajar dalam 60-Second Career Pitch Competition, sebuah platform berimpak tinggi yang melatih keyakinan, kemahiran komunikasi dan self-branding dalam Bahasa Inggeris. Program ini bukan sekadar sebuah pertandingan, tetapi satu simulasi dunia sebenar yang mempersiapkan pelajar PSIS untuk tampil lebih berani, profesional dan bersedia menghadapi cabaran kerjaya masa depan.
Program anjuran CISEC dengan kerjasama Unit Bahasa Inggeris, Jabatan Pengajian Am sempena PSIS Career Carnival 2026 telah disertai oleh 21 orang pelajar PSIS daripada Semester 3 hingga 5 merangkumi pelbagai program pengajian. Lebih membanggakan, salah seorang juri pertandingan ini merupakan ahli Industrial Advisory Committee (IAC), iaitu Yang Berbahagia Datuk Hj. Ruslin bin Abdul Karim, yang turut berkongsi pandangan industri sebenar kepada para peserta.
Inilah bukti komitmen PSIS dalam melahirkan graduan yang bukan sahaja berilmu, tetapi juga yakin dan bersedia menembusi dunia kerjaya.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis