𝐊𝐄𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐎𝐋𝐀 𝐓𝐀𝐌𝐏𝐀𝐑 𝐁𝐄𝐋𝐈𝐀 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐍𝐀𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟓
Kejohanan Bola Tampar Belia Sabak Bernam 2025 telah berlangsung dengan jayanya di SMK Seri Bendena pada 15 November 2025. Penyertaan pasukan PSIS terdiri dari pasukan Lelaki dan Wanita telah mencerminkan komitmen institusi dalam memperkukuh pembangunan sukan dalam kalangan belia.Sepanjang kejohanan, kedua-dua pasukan PSIS mempamerkan disiplin tinggi, strategi permainan yang berkesan serta semangat kesukanan yang cemerlang.
Tahniah kepada semua pemain PSIS yang dikelolai oleh Encik Mohd Husni bin Abd Halid dan Puan Aziah binti Thalaha. Kedua-dua pasukan berjaya menempatkan diri ke pusingan Separuh Akhir. Pasukan Lelaki telah berjaya mendapat tempat Ke-3 manakala Pasukan Wanita tempat ke-4.
PSIS sentiasa komited untuk terus menyokong pembangunan bakat sukan di peringkat belia.
Penganjuran kejohanan ini turut menerima sokongan baik daripada pihak sekolah, komuniti setempat dan para penyokong yang hadir. Keseluruhan program telah berjalan dengan teratur, selaras dengan objektif penganjuran untuk menggalakkan penglibatan belia dalam aktiviti sukan berkualiti.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis