𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐎𝐋𝐀 𝐉𝐀𝐑𝐈𝐍𝐆 𝐏𝐒𝐈𝐒
Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) mengucapkan tahniah dan syabas kepada Pasukan Bola Jaring PSIS atas kejayaan meraih Pingat Gangsa dalam Pertandingan Bola Jaring Sempena Karnival Wanita Sihat Cerdas dan Cergas (Hari Sukan Negara) yang telah berlangsung pada 11 Oktober 2025 (Sabtu) di Stadium Sungai Besar.
Pertandingan ini melibatkan 11 pasukan dan pasukan PSIS telah mempamerkan semangat berpasukan, ketahanan dan prestasi cemerlang sepanjang kejohanan. Pasukan ini juga telah dibimbing oleh jurulatih dan pensyarah pengiring iaitu Puan Nur Shahirah binti Mat Sharf & Puan Aziah binti Thalaha.
Kejayaan ini membuktikan bahawa warga PSIS bukan sahaja unggul dalam akademik, tetapi juga hebat dalam sukan dan kokurikulum! 
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | YouTube | TikTok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis