𝐏𝐒𝐈𝐒 𝐑𝐀𝐍𝐆𝐊𝐔𝐋 𝟐 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐃𝐈 𝐅𝐄𝐒𝐓𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐒𝐄𝐍𝐈 𝐁𝐈𝐍𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐏𝐎𝐋𝐘𝐂𝐂
Port Dickson, 20 OGOS 2025- Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) terus mengharumkan nama institusi apabila berjaya merangkul 2 anugerah dalam Festival Seni Bina Warisan (PE’WARIS) 2025 Peringkat Kebangsaan di di Politeknik Port Dickson pada 18-20 Ogos 2025.
PSIS tampil cemerlang dan berjaya membawa pulang:
1. MODEL SENIBINA WARISAN TERBAIK KATEGORI POLITEKNIK - Masjid Kampung Tebuk Mufrad
2. JOHAN FOTOGRAFI SENIBINA WARISAN KATEGORI POLITEKNIK
Kemenangan ini adalah hasil usaha gigih pasukan pelajar PSIS dari Diploma Seni Bina (DSB) yang dibimbing oleh pensyarah-pensyarah DSB yang berpengalaman.
Pensyarah pembimbing: Ts. Dr. Naeemah Yusof, Puan Nur Yasmin Yaaman, En. Mohamad Khairul Anam Ismail dan En. Azlan Ayob.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua delegasi PSIS.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis